ReformIS

[ Contents | Post ]

Kenyataan FMUKE-Keadilan Adalah Nilai Universal

From:
Date: 23 Nov 1999
Time: 23:19:11

Comments

Kenyataan FMUKE-Keadilan Adalah Nilai Universal

Assalamualaikum Wr.Wbr.

Selepas tanah air merdeka , terdapat dua institusi yang amat dihormati dan disegani oleh masyarakat ; kehakiman dan kepolisan. Institusi kehakiman dihormati lantaran prinsip keadilan sementara kepolisan disegani kerana menguatkuasakan kebenaran.

Namun , sejak berlakunya penangkapan Dato' Seri Anwar Ibrahim , perbicaraan terhadap beliau , pengakuan bekas Ketua Polis Negara yang mengaku membelasah dalam keadaan bergari dengan ditutup matanya dan beberapa insiden di dalam mahkamah yang mengaibkan berhubung penerimaan dan penolakan evidence atau bahan bukti , penghormatan masyarakat terhadap dua institusi ini mula terjejas dengan parahnya.

Kini , negara sedang menghadapi suasana pilihanraya. Institusi kepolisan sekali lagi teruji. Lantaran itu , Forum Malaysia United Kingdom dan Eire (FMUKE) menggesa agar institusi ini mengambil kesempatan segera memperbaiki imej dan kredibiliti yang sedang tercemar dengan serius itu.

Dalam era rakyat sedang bangkit mencari alternatif membuat perubahan dan menegakkan kebenaran, institusi kepolisan dan kehakiman seharusnya memayungi kebenaran itu. Dari itu mereka perlu bersikap telus lagi rasional kerana kebenaran dan keadilan merupakan nilai universal/ sejagat yang menjadi milik semua manusia .

Sekian, terima kasih.Wassalam.

Yang benar,

Zulkifli Mohd. Yusoff Pengerusi FMUKE. Bertarikh : 23hb November 1999

Last changed: November 23, 1999