ReformIS

[ Contents | Post ]

Perantauanku sekitar KL--hari ketiga

From:
Date: 23 Nov 1999
Time: 20:29:08

Comments

Perantauanku sekitar KL--hari ketiga

Assalamu'alaikum dan salam reformasi. Ceramah kelompok di sebuah kawasan flat di Dun Ulu Kelang malam tadi dimulai dalam suasana hujan renyai-renyai. Memanglah nama pun 'ceramah kelompok', tentunya hanya mengharapkan sekelompok manusia sahaja yang menghadirinya, tetapi ternyata sudah menjadi ceramah umum. Khemah yang disediakan hanya dapat memuatkan tidak sampai 20 orang, tetapi hadirin sudah melebihi 500 orang. Mungkin juga kerana mereka ingin melihat secara dekat bakal wakil rakyat mereka yang cukup glamour seperti Azmin Ali (ADUN BA Ulu Kelang) dan Dr Hatta (wakil Parlimen BA Gombak).

Dikhabarkan bahawa penentang Azmin daripada BN, Fuad Hassan, sempat pula menyebarkan berita bahawa beliau juga mahu mengadakan ceramah kelompok malam itu di situ untuk counter ceramah BA, tetapi ternyata gagal. Bilik Gerakan (BG) BN di pintu masuk kawasan flat tersebut memanglah nampak glamour (macam biasalah...duit banyak, datang dari Tel Aviv kot?), tetapi setakat itu sajalah.

Selesai ceramah, ambo dan rakan seperjuangan dari jamaah Osama Ben Laden ini pergi pula mengintai-ngintai BG BA di Pasar Keramat, dengan bendera BA saiz XL melekat pada pintu kereta ambo. Tapi memang malam ini, kelihatan lebih ramai kenderaan yang mengibarkan bendera BA daripada semalam. Sesampai di Pasar Keramat itu, suasana peperangan bendera(bendera kecil lah, bukan macam di Kelantan sana) memang dahsyat sekali. Mungkin di sinilah berlakunya suasana peperangan bendera yang paling hebat di KL sekarang ini. Mungkin rakan reformis lain dari KL ini perlu menyaksikan kehebatan peperangan bendera di Pasar Keramat ini untuk menceduk semangat daripadanya.

Dan yang menghairankan ambo, bendera BA kelihatan lebih padat lagi, tidak seperti kawasan lain yang lebih dikuasai oleh bendera BN. Setelah ditanya orang, barulah ambo tahu sebab-musababnya. Ambo pun parking di depan sebuah warong kopi merangkap BG BA dipasar tersebut. Jalan masuknya memang sempit dan tidak begitu kemas. Tetapi rakan dari jamaah OBL ini memang arif akan jalan-jalan di sini. Keadaannya sekitar BG ini agak sibuk juga kerana petugas-petugasnya yang aktif bergerak. Terdapat bendera-bendera kecil BA yang sudah siap diikat pada tali panjang di sidaikan pada tiang untuk diagihkan kepada mana-mana cawangan yang memerlukannya.

BG ini menjadi kegemaran pelbagai anggota BA untuk duduk dan berbual dan bertanya khabar dan perkembangan politik semasa. Ambo juga sempat bertemu dengan petugas-petugas lain daripada Kampung Baru (katanya, di KB, "line clear") dan daripada Wangsa Maju. Masing-masing bercerita tentang perkembangan aktiviti di tempat mereka, dan saling bantu-membantu di mana yang terkurang. Kami pun bersalaman dengan rakan reformis lain yang berkumpul di situ termasuk ketuanya yang bernama Ery Daging, yang berperwatakan seperti Ali Mamak the joker tu. Tapi Ery Daging memang tidak pandai berseloroh. Orangnya tegas tetapi peramah. Prinsipnya jelas, matanya tajam bila berbicara. Sempat juga ambo ni diceramahkannya tetapi ambo cool saja sambil mengangguk-angguk bersetuju. Pasar Keramat ini memang terkenal dengan taiko-taikonya seperti dalam filem-filem Mafia dan Yakuza. Sebab itulah ambo kena berhati-hati sedikit bila berbicara dengan mereka ini

Setelah mengenalkan diri ambo sebagai penulis internet tidak bergaji, Ery Daging mulalah membuka ceritanya. "Kalau kau nak tau, semalam Datin Seri Wan Azizah sendiri datang sini untuk meraikan sebuah gathering di kalangan puak-puak reformis KL dari pelbagai cawangan di pasar ini." (Wow, kira oklah macam tu, Wan Azizah datang sini, beb! Satu pengiktirafan tu!) "Kami ni dulunya semua UMNO ni. Pilihanraya lepas pun macam nilah sibuknya, cuma kali ni bezanya cuma kami berlainan parti saja", katanya sambil tersenyum. Saya sempat bertanya mengapa suasana di sini begitu berlainan sekali daripada tempat lain yang bendera BNnya begitu gah sekali. Katanya, "Kat sini, budak-budak UMNO kalau nak gantung poster kena minta kebenaran kami dahulu. Kalau tidak, mereka tahulah akibatnya." Begitulah kehebatan pengaruh dan power BA di Pasar Keramat ini.

"Lagi satu, BN sebenarnya hanya mengupah budak-budak yang hanya tahu nak duit sahaja. Kami benarkan mereka gantung poster BN sebab kami ni tidaklah mahu menjadi diktator seperti BN yang akan menindas orang lain apabila mereka itu kuat."

Selain daripada tender menggantung poster yang ditawarkan oleh BN di sini, ada juga tender menurunkan poster BA. Tapi bila budak-budak penurun poster BA itu mahu menurunkan poster BA, kami beri amaran kepada mereka, 'kalau nak turunkan poster BA takpa, tapi kena gantungkan di situ semula, kalau tidak, nahas'." Pendek kata, BN jangan nak main-main di kawasan B.A. (Black Area) ini.

Sebelum meminta diri dan selepas pekena teh-tarik segelas, mereka yang memberikan layanan yang baik kepada tetamu daripada jauh ini meminta kami untuk memilih poster mana yang kami suka. Ada poster bersaiz besar seperti poster DS Wan Azizah, Tok Guru, DSAI, Ustaz Fadhil dan sebagainya. Ambo pun ambillah satu dari setiap jenis untuk disebarkan pula ke BG BA yang lain selepas itu. Memang BG BA Pasar Keramat ini kaya dengan poster BA, besar dan kecil. Sesiapa yang inginkan poster BA, bolehlah ke mari, boleh ambil percuma, kalau ada lagi, insyallah.

Destinasi ambo seterusnya ialah Parlimen Batu yang diwakili oleh Dr Sanusi Othman dari PRM. BGnya ialah di Flat Bandar Bandar Baru Sentul, sebelah padang bola. Di sini kelihatan bendera BA yang paling banyak ialah PRM dan diikuti oleh PAS, keADILan dan DAP. Tetapi dari segi bendera ni, BN jugalah yang nampaknya ada lebih sedikit. Tidak banyak yang dibualkan di sini kerana waktu pun sudah pukul 3.00 am. Ambo hadiahkan poster-poster yang diambil dari Pasar Keramat tadi kepada BG BA di Batu ini kerana jelas mereka kekurangan poster. Mereka menerimanya dengan gumbira sekali.

Tetapi yang jelas kelihatan ialah kerjasama yang erat di kalangan pelbagai anggota komponen parti ALTERNATIF di BG Batu ini. Lima orang anggota PAS dari Kg Chubadak (di Parlimen yang sama) juga sibuk membantu wakil PRM yang akan bertanding di sini. Perbualan masing-masing nampaknya selari sahaja seolah-olah mereka ini punya matlamat yang satu, iaitulah untuk mnumbangkan AMENO/BN. Ini jelas dipamerkan pada sebuah kain pemidang di BG ini di mana sebuah karikatur asli yang besar dilukis oleh beberapa orang kartunis terkemuka tanahair seperti Lanun dan sebagainya yang menggambarkan senario kezaliman dan kekalutan pemimpin BN.

Sekian dulu buat hari ini. TERUSKANPERJUANGAN TANPA JEMU DAN LETIH!

Salam,

honciv@yahoo.com

Last changed: November 23, 1999