ReformIS

[ Contents | Post ]

[kini-malaysia] KINI - Isnin 221199 (Translation)

From:
Date: 23 Nov 1999
Time: 20:04:42

Comments

[kini-malaysia] KINI - Isnin 221199 (Translation)

TIADA LAGI BUDAYA POLITIK TAKUT: BN MESTI TANGANI ISU

Pada hari Ahad, 21 November, 1999, Barisan Alternatif menyampaikan satu cabaran kapada Barisan Nasional untuk bersama-sama berganding menolak budaya negatif politik takut, dan seterusnya menjalankan kempen yang bersih, berprinsip, dan yang bersandarkan isu-isu yang dihadapi oleh negara disaat-saat kritikal menjelang abad baru ini.

Isu-isu ini adalah isu-isu demokrasi dan keadilan, tanggungjawab dan ketelusan, rasuah dan kronisma, keluhuran dan kebebasan kehakiman, kebebasan dan kewibawaan media, penglibatan dan kebajikan awam - dan juga pembentukan sebuah masyarakat yang bermaklumat dan berilmu, yang mana akan mampu nanti bersaing di dalam sebuah masyarakat dunia yang penuh cabaran di abad 21 ini.

Barisan Alternatif menjemput Dr. Mahathir dan BN untuk bersama-sama mengadakan ikrar di hadapan Yang di-Pertuan Agung bahawa kedua-dua pihak akan menerima apa jua keputusan rakyat nanti. Bahawa masing-masing tidak akan terlibat dalam politik yang kasar lagi kotor, umpamanya penyalahgunaan jentera kerajaan, khususnya televisyen dan radio, atau pun terlibat dalam penyebaran gambar-gambar yang disunting.

Barisan Alternatif menjemput BN bersama-sama mengadap Duli Yang di-Pertuan Agung untuk membuat ikrar ini. BA memberi BN 24 jam untuk menyahut cabaran terbuka ini. Kegagalan mereka untuk menyahut cabaran ini adalah bukti nanti siapa sebenarnya yang ingin kedamaian dan siapa pula yang inginkan keganasan.

Dalam kenyataan akhbarnya, BA menegaskan bahawa sekiranya BN gusar dengan ikrar ini, BA akan meneruskan juga usahanya untuk mengadap kebawah Duli Yang di-Pertuan Agung untuk meneruskan ikrar ini. Kerana pekara sepenting ini tentunya tidak akan disampaikan kepada rakyat melalui media-media yang dikuasai oleh BN maka The Malaysian dengan bangganya membentangkan di sini kenyataan tersebut sepenuhnya.

CABARAN KEPADA BN UNTUK MENOLAK BUDAYA POLITIK TAKUT.

BA dengan kerasnya menolak pembohongan Perdana Menteri sementara Dr. Mahathir dan mencabarnya serta BN untuk sama-sama menolak budaya politik takut, untuk berhenti daripada bercakap tentang rusuhan dan merusuh, dan berjanji kepada rakyat bahawa keputusan rakyat akan dihormati sepenuhnya walau apa pun corak keputusan itu nanti.

Kalau sekiranya Dr. Mahathir dan BN bertekad mahu menang dengan apa jua cara sekali pun, maka patutlah beliau mengumumkan niatnya yang sebenarnya ini kepada rakyat Malaysia dan dunia seluruhnya. BA bersedia intuk mengundur diri demi menyelamatkan rakyat daripada kemurkaan BN; adalah sia-sia bertanding sekiranya BN ingin mempraktik polisi "bakar bumi" sekiranya ia kalah. Dan ambillah perhatian bahawa Dr. Mahathir telah pun mendefinisikan "kekalahan" sebagai mendapat kejayaan kurang daripada dua pertiga majoriti. BA memang mahukan satu pilihanraya yang bebas, adil dan damai, yang sepatutnya tertumpu disekitar isu-isu besar yang dihadapi negara dalam persimpangan genting sejarah negara sekarang ini.

BA faham bahawa pilihanraya yang dikendalikan dalam suasana takut tidaklah dapat menjadi pilihanraya yang bebas dan adil. Dalam iklim takut rakyat tidak akan mengundi mengikut pilihan hati sendiri tetapi akan mengikut rentak cengkaman peras ugut, semata-mata untuk mengekalkan keamanan walau pun ini pada hakikatnya ini bermakna kekecewaan yang besar pada mereka.

Dr. Mahathir, UMNO dan BN memang tahu sangat hakikat ini dan dengan tidak teragak-agak terus mengeksploitasikanya sepenuhnya. Oleh sebab inilah maka dia, UMNO dan BN telah berusaha bersungguh-sungguh membangkit suasana takut ini.

Mereka telah mereka-rekakan isu negara Islam dan Perdana Menteri yang bukan Islam, walau pun mereka sedar bahawa isu-isu yang sebenarnya bukanlah isu-isu ini tetapi adalah isu-isu mewujudkan negara yang berperlembagaan, adil, dan demokratik, telus dan bertanggungjawab kepada pengundi serta yang tertakluk kepada undang-undang.

Beberapa hari kebelakangan ini pencanaan iklim takut ini telah memuncak ke tahap yang paling panas dengan dibantu oleh media-media di bawah kuasa BN. Dalam lima hari ini Mahathir telah tiga kali menuduh dengan liar sekali bahawa kononnya BA akan mencetuskan huru hara apabila BA merasakan bahawa ia akan kalah dalam pilihanraya. Ini adalah pembohongan yang amat dahsyat sekali.

Pertamanya BA memahami betapa susahnya untuk memenangi pilihanraya ini, atau mana-mana pilihanraya sekali pun, kerana tektik-tektik kotor dan tidak adil BN. Ini termasuk pembahagian kawasan pengundian yang tidak munasabah, perihal daftar pengundi , undi-undi pos, liputan-liputan media yang berat sebelah dan tidak adil oleh media-media BN, penyalahgunaan institusi kerajaan oleh kerajaan sementara untuk kepentingan parti mereka, politik wang, dan seumpamanya.

Justru itu, BA menjejak langkah ke dalam proses pilihanraya dengan penuh kesedaran bahawa ia berhadapan dengan satu perjuangan yang hebat, dan dengan itu bersedia menghadapi kekalahan sekiranya itulah yang akan berlaku. Sudah jelas bahawa parti-parti pembangkang telah kalah dalam semua pilihanraya umum yang lepas tetapi tidak pernah walau sekali pun mencetuskan sebarang huru hara. Yang sebenarnya, Barisan Nasionallah yang tidak dapat menerima hakikat kekalahan. Ini jelas dari kenyataan mereka bahawa sekiranya BN menang tanpa majoriti dua-pertiga, kemenangan itu masih dianggap sebagai satu kekalahan.

Keduanya, Barisan Alternatif bersetuju dengan Dr. Mahathir bahawa pilihanraya bukanlah satu pertandingan populariti antara Barisan Alternatif dan BN. Malah, ia adalah satu pertandingan diantara BN dan rakyat disekitar isu-isu rasuah, kronisma, kerajaan yang baik dan bertanggungjawab, keadilan dan demokrasi. Rakyat telah muak semuak-muaknya dengan penyalahgunaan kuasa BN.

BA hanya merupakan satu alat bagi rakyat menyalurkan keputusan mereka, sama ada dengan menafikan majoriti dua pertiga atau pun terus menang.

Namun begitu, kami memahami sebenarnya bahawa kekecewaan rakyat tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk undi. Iklim ketakutan yang dicana ini akan mengakibatkan banyak bertindak bertentangan dengan kehendak dan kemahuan sendiri. Pengundi-pengundi yang tertekan oleh iklim takut ini memahami bahawa bukanlah Barisan Alternatif yang akan mencetuskan huru-hara, tetapi adalah Dr. Mahathir dan Barisan Nasional. Mereka menyedari fakta-fakta yang sebenarnya. Mereka memahami betapa Dr. Mahathir membenci kekalahan, dan mereka mengerti betapa beliau akan berusaha dan bertindak untuk mempastikan kemenangannya.

Rakyat memahami bahawa bukanlah Barisan Alternatif yang akan mencetuskan kekacauan sebab jelas kapada semua bahawa BA tidak akan meraih untung, malah membeban rugi, sekiranya sebarang keganasan atau porakperanda tercetus.

Ini jelas sekiranya kita fikirkan:

siapa yang menguasai polis dan tentera? siapa yang boleh menahan sesiapa di bawah ISA? siapa yang boleh mengisytihar darurat?

Ya, orang itu ialah Dr. Mahathir secara penyalahgunaan Perlembagaan dan kuasanya sebagai Perdana Menteri sementara.

Barisan Alternatif menyeru rakyat agar jangan tunduk kapada budaya politik takut dan peras ugut. Sebegitu lama kita telah membenarkan diri kita di peras ugut, di perbudak-budakkan supaya akur kapada perintah saorang manusia. Malah UMNO pun telah di perbudak-budakkan dan ini amat ketara apabila pilihanraya ini ditetapkan tanpa sebarang perundingan dengan Majlis Tertinggi UMNO.

Untuk terus menenangkan hati rakyat, Barisan Alternatif menjamin bahawa penyokong-penyokongnya tidak akan mengadakan majlis riang ria sekirannya menang, atau upacara berkabung sekiranya kalah.

Menang, bagi BA, hanya merupakan satu keinsafan. Kemenangan bermakma bahawa rakyat sudah menang dan telah meletakkan amanah dan tanggungjawab yang besar ke atas BA. Dengan penuh tawadhu, kita akan memohon bimbingan dan restu Illahi.

Kekalahan, bagi BA, hanya merupakan dorongan untuk terus bekerja membantu rakyat mengatasi budaya politik takut dan peras ugut. Perjuangan kita adalah jauh. Kita tidak akan berputus asa.

Kita sekarang mengajukan cabaran kapada Dr. Mahathir dan BN supaya berhenti dari meneruskan serangan terhadap pekerja-pekerja kita, untuk sejelas-jelasnya mengumumkan bahawa mereka tidak akan menggunakan baju-baju yang mengandungi lambang-lambang KeADILan untuk merusuh dan dengannya melemparkan tuduhan keatas kita, dan membuat kenyatan yang terang bahawa mereka bersedia untuk menerima kekurangan majoriti dua pertiga tanpa mencetuskan sebarang keganasan yang membolehkan mereka menguatkuasakan undang-undang darurat.

Seterusnya kami menyampaikan cabaran kapada Dr. Mahathir dan BN untuk menyertai berikrar bersama di depan Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa kedua belah pihak akan akur kapada keputusan rakyat dan bahawa tiada mana-mana pihak pun akan menggunakan politik kotor dan keganasan, seperti menyalahgunakan jentera-jentera kerajaan, terutamanya televisyen dan radio, atau penyebaran gambar-gambar yang di sunting.

Barisan Alternatif menjemput Barisan Nasional supaya bersama-sama mengadap Duli Yang di-Pertuan Agung untuk membuat ikrar ini. BA memberi BN 24 jam untuk menyahut cabaran terbuka ini. Kegagalan mereka untuk menyahut cabaran ini adalah bukti siapa sebenarnya yang ingin kedamaian dan siapa pula yang inginkan keganasan.

Tamat

Last changed: November 23, 1999