ReformIS

[ Contents | Post ]

Bahan Kempen Dari MISNA

From:
Date: 22 Nov 1999
Time: 22:17:45

Comments

Bahan Kempen Dari MISNA

Assalamualaikum,

Ini adalah bahan kempen pilihanraya sumbangan dari MISNA untuk semua para penceramah dari BARISAN ALTERNATIF. Harap dapat sebarkan.

Sesetangah bahan tidak relatif untuk diapplikasikan di Malaysia, walaubagaimana pun ianya penting untuk renungan dari sesebuah negara yang membangun. Dimana kerajaan tidak melupakan kebajikan rakyat. Rakyat tetap mendapat bahagian hasil dari pembangunan yang pesat.

-----------------------------------------------------------------------------

Kesihatan:

Hospital/ perubatan percuma kepada rakyat negara seperti: KANADA, UK USA mempunyai skim tersendiri untuk rakyat yang tidak mampu. Skim tersebut adalah MEDICARE dan MEDICAID. Australia juga memberi khidmat percuma kepada yang tidak mampu.

Hospital mempunyai tanggungjawab merawat kepada semua rakyat kerana salah disegi undang-undang sekiranya hospital enggan merawat mana-mana pesakit yang tidak mempunyai insuran atau kewangan yg stabil.

Unemployment benefit: rakyat yang dibuang kerja secara serta merta oleh majikan akan mendapat faedah ini. Rakyat yang menggangur: juga mendapat faedah bayaran bulanan dari kerajaan sehingga mendapat pekerjaan. Veteran Army: mendapat bayaran melebihi 1500usa dollar Keatas sebulan seumur hidup. Bantuan keluarga: sekim WIC (Woman, infant & child) kanak kanak yang berumur 5 tahun kebawah akan mendapat 2 paun cheese, 3 dozen telor dan 8 can juice setiap bulan.

Tertakluk kepada jumlah anak dan jumlah pendapatan bulanan. Contohnya,sekiranya pendapatan bertambah, jumlah yang diberikan akan berkurangan. Sekiranya pendapatan berkurang, bayaran akan bertambah.Jika jumlah anak bertambah, bayaran juga bertambah. Contoh seseorang mempunyai anak 4 dengan gaji purata suami US$2200 mendapat bantuan sebanyak $250.00

Pendidikan:

pelajaran adalah percuma. Ibubapa tidak dikenakan sebarang bayaran seperti yuran sekolah dan buku. Semuanya adalah percuma. makanan disediakan dan diberikan percuma kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan. Kepada pelajar dari keluarga yang berpendapatan tinggi, mereka dikenakan

Anak anak di sekolah diberi breakfast, lunch percuma, kasut percuma dan jaket winter percuma pendapatan kurang dari US 13000 setahun.

Kemudahan pinjaman pelajaran kepada semua pelajar universiti yang tidak mampu. Boleh dikatakan setiap orang yang masuk ke universiti akan mendapat kemudahan pinjaman melalui berbagai sekim. Dan pembayaran dengan berbagai cara. Pembayaran akan lupus sekiranya siswa sanggup berkhidmat di luar bandar atau berkhidmat dengan kerajaan yang jawatan itu sangat penting. Atau membayar balik kesemua jumlah pinjaman jika siswa berkenaan memilih untuk berbuat demikian.

Cadangan: -Dirikan lebih banyak sekolah dan bukannya bangunan-bangunan mencakar langit yang menguntungkan hanya pihak-pihak tertentu. Jika sekolah terdapat sekolah yang mencukupi, bilangan murid bagi sesebuah kelas boleh dikurangkan kepada sekurang-kurangnya 25 orang seperti yang dilakukan di USA. Dengan ini juga peluang pekerjaan ( spt.guru) dapat dibuka kepada muda-mudi kita, dan prestasi pembelajaran anak-anak kita dapat dipertingkatkan.

Free tuition kepada pegawai pegawai tentera. Bekas tentera mempunyai potongan tuition. Sikap majikan:

-memberikan kelonggaran kepada pekerja-pekerja wanita supaya mereka dapat mengimbangkan tugas sebagai ibu,isteri dan pekerja di luar rumah. Sekiranya waktu kerja tamat pukul 4, maka pukul 4 lah mereka dibenarkan pulang.

-Majikan mengambil berat tentang 'kehidupan berkeluarga' pekerja-pekerja dan tidak membebankan mereka dengan kerja-kerja yang terlalu banyak dan membebankan. Tidak ada overtime yang keterlaluan!

-Menaikkan gaji minima pekerja. dengan ini kualiti kerja dapat dipertingkatkan.

-Semua pihak mengambil kira kualiti hidup rakyat. Pertingkatkan taraf hidup rakyat. Memudahkan dan bukan menyusahkan rakyat!

Free tuition kepada Senior Citizen (65 over)

Rakyat amat digalakan belajar walau pun dalam usia yang lanjut maka dapat lah kita lihat nenek yang berumur sudah meningkat masih ke universiti kerana minat untuk mencari ilmu. Kerajaan menanggap ketinggian tammadun sesuatu negara adalah kerana rakyat yang berilmu. Dan kesempatan ini diberi kepada semua orang. Tamaddun juga buleh bertahan dengan pekembangan research yang pesat dikalangan rakyat. Disini jugak terdapat banyak private dan public university (melebihi 3000 buah). Rakyat buleh memilih samada untuk ke private (mahal) atau public (universiti milik kerajaan dimana tuition lebih murah). Bagi yang berada mereka bulih memilih private universiti. *

Universiti jugak menubuhkan sekim khas kepada yang lewat mendapat pendidikan dipanggil Adult Continuing Education dengan pembayaran tuition yang lebih murah. Mereka masih berpeluang mendapat HIGH SCHOOL DIPLOMA atau Associate Degree. 11. Pihak kerajaan jugak menubuhkan Adult Learning Center di setiap State dengan percuma atau sangat sedikit pembayaran dikenakan. Mereka berpeluang mendapat HIGH SCHOOL DIPLOMA atau Associcte degree.

Rakyat juga diberi peluang meningkatkan kemahiran dibiayai oleh syarikat tempat mereka berkerja atau kerajaan. Contohnya kemahiran penggunaan mesin taip ke komputer. Peralihan skill ini akan dibiayai sepernuhnya.

Pengangkutan:

Perkhidmatan untuk rakyat seperti POS, keretaaapi (AMTRAK), METRO/SUBWAY, BUS (greyhound) tidak diswastakan sepenuhnya. Rakyat masih bulih menikmati pengangkutan yang murah. Belanja POS yang murah. Contohnya satu parcel dari usa ke malaysia dengan seberat 1 paun hanya bernilai $ 11.76 dollar.

lesen perniagaan yang dan road tax yang masih murah.

Kurang dari 10 % jalan raya di USA bertol. Malah rakyat masih boleh memilih jalan yang tidak bertol jika tidak mahu membayar tol.

Barang makanan tersangat murah seperti AYAM,TELOR bahan keperluan yang lain. Harga pakaian yang murah termasuk yang berjenama seperti polo atau nike atau barangan rumah seperti Corel. Barang elektronik jugak murah seperti TV, Microwave,VCR. Barang barang ini setiap satu nya bulih didapati kurang dari 100 dollar. Komputer yang baik sudah dapat diperolehi dengan harga lebih kurang 1000 dollar.

Kereta yang murah contohnya di usa sebuah kereta seperti honda accord second hand bulih dibeli dengan harga 5000 usa dollar tapi di malaysia kereta yang sama hanya bulih didapati dengan harga 45000- 50000RM

Gaji perkerja bawahan seperti restoran adalah antara 6.50 hingga ke 8.00 sejam walau pun gaji minima yang ditetapkan lebih rendah. (5.15 sejam).

Beberapa syarikat juga menawarkan khidmat INTERNET percuma. Khidmat talipon percuma keseluruh USA www.dialpad.com www.netzero.com

Panggilan talipon ke malaysia bulih didapati dengan harga 0.22 sen seminit hingga semurah .09 sen seminit (menggunakan pre-paid calling kad)

Tidak kedengaran pihak kerajaan merobohkan tempat tempat ibadat atas alasan pembangunan.

Bekalan air percuma kepada kawasan perumahan tidak termasuk premis perniagaan. Harga petrol antara 1.00 hingga 1.30 segalon. Presiden amrika tidak kebal dengan mahkamah. Tidak kedengaran rasuah berleluasa dikalangan rakyat atau pemerintah.

Sumbangan dari Malaysian Islamic Society of North America (MISNA) / Public & International Relation Department.

Last changed: November 22, 1999