ReformIS

[ Contents | Post ]

Gempar! Penipuan Mahafiraun Terbongkar

From:
Date: 22 Nov 1999
Time: 20:34:15

Comments

Gempar! Penipuan Mahafiraun Terbongkar Mengapa Mahafiraun Memilih 29/11/1999 Sebagai Hari Pembuangan Undi.

Saya telah mendapat sumber yang sahih dari kalangan ahli Buaya Naga (BN) mengenai tektik kotor Mahafiraun memilih hari isnin (29/11/99) sebagai hari pengundian. Perancangan Mahafiraun untuk memenangi pilihanraya kali ini sungguh licik yang mungkin tidak boleh dikesan oleh Barisan Alternatif.

Mahafiraun telah memindah banyak nama-nama pengundi dari kalangan ahli Buaya Naga (BN) di seluruh negara terutama dari Johor, Singapura dan Melaka ke tempat-tempat yang dijangka mendapat kekalahan teruk terutama di Kelantan, Trengganu, Kedah dan Perlis.

Mereka-mereka yang telah dipilih akan diberi elaun dari RM100 hingga RM200 mengikut dari mana mereka datang. Mereka-mereka ini akan diarah membuang undi di tempat yang telah ditentukan.

Kenapa Mahafiraun memilih hari isnin kemudian hari tersebut diberi cuti umum, tidak seperti hari-hari pengundian yang lepas, hari pengundian diadakan hari sabtu dan tidak diberi cuti umum? Ini kerana orang-orang yang telah dipilih untuk membuang undi di tempat pengundian akan mula berlepas pada hari sabtu atau hari ahad. Dan pada hari tersebut mereka akan menginap di hotel-hotel dan rumah- rumah saudara mereka yang berhampiran dengan tempat pengundian mereka. Selepas mereka mengundi mereka akan pulang ke tempat masing-masing pada hari tersebut. Itulah sebab mengapa hari isnin dipilih sebagai hari membuang undi serta hari cuti umum.

Oleh itu jika perkara ini benar, kita patut memantau kerja-kerja SPR serta tektik Mahafiraun yang menggunakan wang ringgit untuk memenangi pilihanraya kali ini. Kita juga sering mendengar bahawa SPR tidak lagi bebas menjalankan kerja-kerja mereka. Oleh itu kita harus menyelidik sedalam- dalamnya perkara ini untuk di bawa ke muka pengadilan.

Adalah diingatkan kepada ahli-ahli Barisan Alternatif, penipuan yang akan dilakukan oleh Mahafiraun dan SPR seperti ini tidak boleh dikesan.

Kerana dengan nama berjuta-juta pengundi di dalam komputer tidak mungkin kita dapat mengesannya. Oleh itu jangan terperanjat jika Mahafiraun dan Bapak-bapak dan Mak-mak Buaya Naga (BN) akan memenangi pilihanraya kali ini.

Ingat! Mahafiraun akan menganggap piliharaya kali ini sebagai pertarungannya diantara hidup atau mati. Oleh itu pelbagai cara akan dilakukannya untuk memenangi pilihanraya kali ini. Oleh itu sebelum terlambat kita patut berbuat sesuatu untuk menghalang penipuan ini.

Salam reformasi dari Jebat Siber

Last changed: November 22, 1999