ReformIS

[ Contents | Post ]

Masalah calon BN di Gombak

From:
Date: 22 Nov 1999
Time: 20:26:05

Comments

LETTER HEAD UMNO

(Surat ini ditaip semula kerana salinan asal tidak terang untuk discan)

BIL : (69) SU/UBG/07/99

TARIKH : 19 NOVEMBER 1999

PERTIKAIAN CALON BAGI KESELURUHAN PARLIMEN GOMBAK

Pihak Bahagian memandang serius terhadap keputusan calon yg telah diputuskan oleh pihak Pusat dan Badan Perhubungan UMNO Negeri. Kita amat kesal dengan sikap berdiam diri Datin Paduka Zaleha Ismail bagi menentukan keputusan Bahagian terhadap calon-calonnya sendiri, bahkan yang amat memalukan apabila calon Sungai Tua adalah dari MIC yang hanya berkerja sebagai Security Guard. Pihak Bahagian memandang berat di atas perkara ini dan ianya menjadi suatu tamparan yang amat memalukan kepada kewibawaan Bahagian Gombak. Kejadian ini seolah-olah menunjukan bahawa pihak Komponen BN ketandusan golongan Profesional atau mengutamakan kronisme.

Saya menyerahkan kedudukan perkara ini kepada pihak Ketua dan Ajk Cawangan untuk menentukan arus perjalan Bahagian ini.

Atas tindakan bijak tuan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERSATU-BERSETIA-BERKHIDMAT

Saya yang ikhlas,

Tandatangan

ADBUL GHANI HJ MOHD YATIM PJK,AMN,JP

Setiausaha UMNO Bahagian Gombak

s.k Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

Last changed: November 22, 1999