ReformIS

[ Contents | Post ]

Perbuatan Adnan Yaakob yang biadap

From:
Date: 21 Nov 1999
Time: 22:46:26

Comments

Perbuatan Adnan Yaakob yang biadap

Berikut ialah salinan laporan pemimpin BA terhadap tindakan ganas dan tidak bermoral MB Pahang Dato' Seri Adnan Yaakob semasa hari penamaan calon kepada penyokong BA:

>>>>>

Pada 20 hb November 1999, masa lebih kurang pukul 12.30 tengahari di kawasan Dewan Majlis Daerah Bentong ketika hari penamaan calon pilihnraya sedang berlangsung. Didapati Dato Seri Adnan bin Yaakob calon Barisan Nasional telah keluar secra meluru sejauh lebih kurang 50 kaki dari Dewan Majlis Daerah Bentong dan telah menerkam dan merentap baju di bahagian leher salah seroang ahli Barisan Alternatif bernama Encik Baharin bin Abul Razak yang berada di dalam kelompk penyokong Barisan Alternatif dan sambil berkata "pukimak" orang tua ini tidak mengenang jasa kerana beliau telah meluluskan tanah seluas 3 ekar di Janda Baik dan masih menyokong Parti Alternatif.

Tindakan seperti kepala samseng Menteri Besar tersebut disaksikan oleh kedua-dua penyokong parti-parti yang bertanding. Salah seorang pembantu kepada Dato' Seri Adnan namanya Encik Wahab bin Hassan didapati cuba memukul Encik Baharin bin Razak dan telah ditahan oleh orang ramai yang berada di sekitar Dewan. Perbuatan Dato' Seri Adnan dan Encik Wahab tersebut hampir menyebabkan berlakunya pergaduhan antara kedua-dua penyokong parti dan dapat dikawal oleh pihak keselamatan.

Laporan ini dibuat untuk menjga keselamatan ahli-ahli parti alternatif.

Kalau Menteri Besar boleh bersikap demikian kita bimbang ahli-ahli mereka mereka juga boleh bersifat demikian dalam tempoh kempen pilihanraya.

>>>>>

Demikianlah kejadian yang berlaku di depan ribuan mata masyarakat di Bentong. Inilah contoh kempimpinan melalui teladan yang dilaung-laungkan oleh kerajaan BN dan UMNO.

Rakyat Pahang khususnya masyarakat Bentong merasa sungguh sedih,terkilan dan kecewa jika Adnan Yaakob diberi laluan dalam pilihanraya kali in. Kepada masyarakat Bentong - fikirkanlah..buatlah pilihan yang terbaik, jika anda tidak jatuhkan BN sekaran, anda mungkin tidak berpeluang melakukannya lagi pada masa akan datang. Jangan beri ruang kepada mereka yang zalim dan bersubahat dengan perbuatan yang semupamanya.

Takutkah Adnan Yaakob kepada calon BA Dr Wahid Suhaimi?? Memang dia takut, banyak sangat cerita kotor Adnan Yaakob diketahui oleh sdr Dr Wahid termasuk semasa pemilihan Ketua Bahagian UMNO dua tahun lalu.

Hidup BA.. tumpaskan BN di Bentong, tumpaskan Adnan Yaakob di Bentung!

Mohamad Azizi

Last changed: November 21, 1999