ReformIS

[ Contents | Post ]

Ceramah Umum Pilihanraya Bersama Barisan Alternatif di Bt 16 Rawang

From:
Date: 21 Nov 1999
Time: 22:09:39

Comments

Ceramah Umum Pilihanraya Bersama Barisan Alternatif di Bt 16 Rawang

ANJURAN : Parti Islam SeMalaysia, Gombak LOKASI : Kg. Melayu Batu 16, Rawang MASA : 9:00 malam TARIKH : 25hb. November 1999 PENCERAMAH : Ustaz Dato' Ismail Kamus Sdr Hishamuddin Rais Calon-calon di Parlimen Gombak

Untuk memudahkan para hadirin ke lokasi berkenaan, sila ikut petunjuk di bawah :-

1. Sekiranya anda datang dari arah Selayang Baru, selepas Taman Rimba Templer Park (sebelah kanan anda) dan Taman Commonwealth (sebelah kiri anda), berdepan dengan Restoran Ho Ho(sebelah kiri anda) itulah terletaknya lokasi ceramah tersebut. Petugas-petugas akan membantu anda di hadapan pintu gerbang kampung.

2. Sekiranya dari tol Rawang, selepas tol, jalan menuju ke arah pekan Rawang. Tiba di flyover, ambil kanan dan jalan terus sehingga melepasi 2 lampu isyarat di sepanjang jalan. 1 yang terletak berdepan dengan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan satu lagi berdepan dengan Gerai MPSA. Maju ke depan dan petugas sedia menunggu kehadiran anda.

Sila maklumkan kepada hadirin dan kerjasama anda saya akhiri dengan ucapan terimakasih.

Wassalam

Last changed: November 21, 1999