ReformIS

[ Contents | Post ]

Orang Yahudi Menyokong MAHAFIRAUN, Bukan Anwar

From:
Date: 21 Nov 1999
Time: 22:06:43

Comments

Orang Yahudi Menyokong MAHAFIRAUN, Bukan Anwar

Presiden UMNO MAHAFIRAUN telah menerima sokongan daripada pihak yang tidak disangka untuk menghadapi pilihanraya ini. Majlis Hal-Ehwal Yahudi Australia/Israel dan Jawatankuasa Yahudi Amerika telah mengemukakan satu laporan yang memberi gambaran yang lebih baik tentangnya berbanding dengan bekas Timbalannya, Anwar Ibrahim.

Laporan itu mengatakan bahawa MAHAFIRAUN merupakan seorang penentang idea-idea Islam yang terang dan konsisten.

Walau bagaimanapun, laporang tersebut juga menggambarkan Anwar sebagai seorang 'Islamist', atau orang yang menyokong idea-idea yang berlandaskan Islam.

Antara isi-isi penting laporan tersebut :

*Prospek perubahan sosial dan politik di Malaysia bergantung kepada Islam, terutamanya pemimpin Islam yang liberal. Cabaran utama selepas krisis kewangan Asia dan perbicaraan Anwar ialah membendung unsur-unsur Islam yang radikal.

* Masa depan jangka panjang kumpulan-kumpulan pemisah Islam di selatan Thailand agak samar, disebabkan oleh kerjasama dari Malaysia untuk tidak menyediakan tempat bertapak yang selamat di utara Malaysia dan juga disebabkan pembangunan ekonomi dan pendidikan.

Greg Barton, pensyarah kanan di Deakin University, menyiapkan bab-bab laporan tersebut yang berhubung Malaysia.

Laporan sepanjang 177 mukasurat itu telah meneliti kebaikan dan keburukan Islam di Asia dari sudut orang Yahudi. Pengerusi eksekutif AIJAC, Colin Rubenstein berkata bahawa laporan tersebut lahir daripada satu arahan untuk memerhati perkembangan hal-ehwal semasa di Asia dari sudut orang-orang Yahudi.

"Persepsi popular bahawa Islam adalah sememangnya ganas dan dikaitkan dengan keganasan adalah tidak benar sama sekali," katanya.

"Islam bukannya sebuah agama yang bersatu, dan ia tidak semestinya fundamental. Lagipun, kalau seorang itu dilabelkan sebagai fundamentalis Islam, ia tidak bermakna bahawa ia seorang mujahid yang sanggup mati untuk mempertahankan sebuah visi keagamaan."

Laporang tersebut memang tepat pada waktunya, dengan Malaysia sedang membahaskan perhubungan diplomatik dan dagagnan dengan Israel. Para pemimpin Malaysia telah memilih untuk tidak melahirkan kemarahan muslimin di Malaysia dengan adanya pilihanraya umum pada 29 November.

Laporan itu menceritakan rekod MAHAFIRAUN, tetapi mengatakan : "Perkataan-perkataan positif daripadanya pada Persidangan Umum Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada Oktober lepas merupakan satu langkah yang penting untuk memulakan pertalian dengan dunia Yahudi, walaupun sikap anti-Baratnya dan anti-kapitalisme bebas masih ada."

oleh PT Singam untuk West Australian Newspapers Limited.

Last changed: November 21, 1999