ReformIS

[ Contents | Post ]

Pencalonan Ghafar Baba : BN Kelam Kabut

From:
Date: 21 Nov 1999
Time: 22:05:14

Comments

Pencalonan Ghafar Baba : BN Kelam Kabut

Pada saat-saat akhir, BN menukarkan pencalonan Ahli Parlimen Batu Berendam daripada Hazizah Mohd Sultan kepada veteran keparat UMNO, Ghafar Baba.

Rakyat Melaka rata-ratanya sudah mula bergembira dengan pengumumuman Ghafar Baba bahawa dia berhasrat untuk bersara dan tidak akan bertanding pada pilihanraya akan datang.

Nyata di sini bahawa Ghafar bertindak mengikut hasratnya, tetapi hanya bertanding setelah ditolak dan ditekan oleh MAHAFIRAUN sendiri. Pencalonan ahli-ahli Parlimen dan DUN Melaka terus kelam-kabut dan kacau-bilau disebabkan penyusunan semula yang terpaksa dilakukan.

Kelam-kabut ini nyata disebabkan oleh keengganan Abu Zahar Isnin untuk berganjak daripada kerusi DUNnya kerana masih berharap untuk menjadi Ketua Menteri Melaka. Ini nyata menaikkan kemarahan MAHAFIRAUN yang tengah sibuk memilih calon-calon BN yang sesuai.

Kerana ketandusan calon-calon yang berkaliber dan keengganan beberapa calon untuk bertanding (contohnya Lim Ah Lek di kawasan Bentong), MAHAFIRAUN berhempas pulas untuk mencari bidan terjun bagi menenpati tujuannya.

Mahu tidak mahu, walaupun dibenci rakyat, Ghafar Baba juga terpaksa bertanding untuk kerusi Parlimen. Rakyat masih sakit hati dengan komen-komen veteran UMNO tersebut, terutama semasa awal-awal perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mana dia telah melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas dengan sewenang-wenangnya.

Sayang seribu kali sayang kepada Ghafar Baba yang mungkin boleh duduk diam kalau dia tidak bertanding. Kini terpaksalah dia berkempen dan menaikkan kebencian rakyat terhadap dia. Akhirnya kekalahan yang menimpanya pasti merupakan satu kekalahan yang sukar ditelan dan pahit dalam ingatan.

MAHAFIRAUN begitu tersepit dan bersungguh-sungguh untuk menguatkan genggamannya atas kuasa pemerintahan negara, sehingga sanggup memaksa kawan-kawan lamanya memerintah lagi.

Masa perubahan sudah tiba. Veteran-veteran keparat UMNO daripada golongan MAHAFIRAUN tidak dikehendaki lagi. Rakyat mahukan darah baru, muka baru dalam pemerintahan negara.

Hidup Barisan Alternatif!

Last changed: November 21, 1999