ReformIS

[ Contents | Post ]

Kezaliman Tanpa Sempadan

From:
Date: 21 Nov 1999
Time: 21:53:18

Comments

Kezaliman Tanpa Sempadan

Sebentar tadi saya ada terbaca berita dalam laman web tentang En.Mohd.Rani Ibrahim - abang DS Anwar, yang sakit tenat dan kemudian telah kembali ke rahmatullah. Dalam keadaan biasa berita pemergian En.Mohd. Rani itu tentunya akan diterima dengan tenang tanpa sebarang reaksi luarbiasa. Tapi malangnya suasana yang menyelubungi pemergian allahyarham itu sesungguhnya amat memilu menyayat hati.

Khabarnya keluarga DS Anwar sebelum ini telah dua kali memohon kebenaran dari pihak Kementerian Dlm. Negeri untuk membenarkan SDR ANWAR IBRAHIM menziarahi abang kandungnya yang sakit tenat itu, tapi malangnya telah ditolak. Akhirnya allahyarham menghembuskan nafas akhirnya tanpa menatapi wajah adiknya (SDR ANWAR IBRAHIM) di dalam penjara itu.

Berita terbaru menyatakan bahawa SDR ANWAR IBRAHIM juga tidak dibenarkan menziarahi jenazah abangnya Allahyarham Rani Ibrahim.

Saya amat-amat sedih dengan nasib DS Anwar. Saya tidak tahu apa perkataan lain yang boleh saya gunakan kepada Abdullah Ahmad Badawi dan MAHAFIRAUN Mohammad selain daripada perkataan ZALIM! Binatang haiwan yang tidak berakal pun tahu erti kasih-sayang inikan pula manusia. Islam kah manusia Abdullah Ahmad Badawi ini?

Kalau Islam ke mana perginya segala nilai-nilai kemanusiaan yang di tuntut oleh agama. Sudahlah diri MAHAFIRAUN MAHAFIRAUN itu seorang manusia laknat terkutuk, kini Abdullah Ahmad Badawi pun nak ikut sama bersekongkol? Janganlah HANYA kerana kepentingan politik peribadi duniawi kita sanggup melanyakkan kesucian ajaran agama. Sikap-sikap yang semacam ini lambat laun akan memakan diri sendiri.

Saya berharap para pemimpin Barisan Alternatif dapat mainkan isu ini dan dedahkannya ke segenap pelusuk negara dalam ceramah2 mulai hari ini. Tunjukkan kezaliman mereka ini kepada rakyat.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham En.Mohd Rani Ibrahim.

Al-fatihah!

A.Rashid

Last changed: November 21, 1999