ReformIS

[ Contents | Post ]

UMNO Dan Konspirasi Jahatnya Sudah Sinonim

From:
Date: 21 Nov 1999
Time: 21:52:02

Comments

UMNO Dan Konspirasi Jahatnya Sudah Sinonim

Semasa keluar buku tulisan Raja Azmi yang menghentam BA menjelang perhimpunan Agong UMNO pada Jun yang lalu, saya ada menulis di satu laman reformasi yang menyebut bahawa Raja Azmi sebelum itu mendapat projek lumayan daripada KuLi

Kemudian, ketika buku itu keluar, saya juga telah diberitahu oleh seorang ahli UMNO yang ada hubungan rapat dengan Daim Zainuddin bahawa Daim telah mengupah Yahya Ismail (Pak Ya) untuk menulis buku/majalah mengenai Anwar yang akan diedarkan oleh UMNO dengan tujuan:

1. menghancurkan kerjaya politik Anwar

2. memastikan buku/majalah itu mesti dapat mengukuhkan hujah terhadap dakwaan liwat@konspirasi Anwar dan sebagainya

3. menjahanamkan kepercayaan orang ramai terhadap imej Anwar

4. memalu dan mengaibkan Anwar dan keluarga

5. memastikan UMNO mendapat "keuntungan" daripada pendedahan dan tulisan tersebut.

Kemudian, seorang rakan yang juga Ketua Penerangan UMNO di Utara Tanahair juga mengaku telah mendengar sendiri dari mulut Dato'Tajol Rosli yang mengatakan bahawa UMNO akan upah Yahya Ismail untuk lawan buku SHIT - lagi teruk dan jijik dari SHIT. Kenyatan tersebut dibuat oleh Tajol Rosli dalam satu majlis penerangan UMNO pada bulan Julai lalu anjuran Biro Penerangan UMNO Pusat.

Oleh kerana itu, saya tidak terperanjat bila keluar sebarang penerbitan yang memburukkan AnwarPAS@BA yang ditulis oleh Yahya Ismail yang kini dengan giatnya diedarkan oleh UMNO menjelang pilihanraya. Nyatalah apa yang dikatakan oleh Tajol Rosli tu benar bila kini terbitan UMNO tulisan Yahya seperti Konspirasi Anwar terdedah, Dosa-dosa PAS dan 62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal disebarkan ke seluruh pelusuk tanahair.

Nampak benar, Mahdey@Daim merancang konspirasi ini!!

Saya harap, rakan saya itu masih menyimpan tape rakaman ucapan Dato' Tajol Rosli, sekiranya Tajol Rosli menafikan kesahihan kenyataan beliau ini.

Oleh kerana saya tidak mengenali siapa Yahya Ismail, kerana tidak pernah meminati beliau sebagai penulis atau meminati penulisannya, maka saya tidak pernah tahu siapa Yahya Ismail. Namun, seorang rakan UMNO juga memberitahu saya bahawa Yahya Ismail sanggup buat apa saja kerana wang - sebaris dengan Khalid Jefri , Ummi Afilda dan Azizan. Penulis upahan seperti Yahya Ismail ini juga pernah menerima bayaran RM200 ribu ringgit menjelang pertandingan pemilihan Majlis Tertinggi UMNO yang lalu. Syabas Yahya Ismail !!

Amirudin Baharom Kuala Lumpur

Last changed: November 21, 1999