ReformIS

[ Contents | Post ]

PERINGATAN KEPADA SEMUA PEJUANG ISLAM

From:
Date: 21 Nov 1999
Time: 19:17:07

Comments

PERINGATAN KEPADA SEMUA PEJUANG ISLAM

Alhamdulillah berbanyak-banyaklah kita bersyukur kepada Allah kerana Dia telah memilih kita berada dalam jamaah Islam. Justeru itu marilah pula kita pastikan supaya kita sentiasa berada dalam satu jamaah yang diredhai Allah buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat kita. Seterusnya apabila kita diambil kembali oleh Allah dan dibangkitkan semula , kita semua dibangkit bersama dengan kekasih kita Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat, tabiin dan semua pejuang Islam yang terdahulu daripada kita.

Pada kesempatan ini saya ingin menyarankan beberapa amalan, supaya dengannya kita semua layak untuk dibangkitkan oleh Allah bersama dengan kekasihNya .

1. Banyakkan amalan infiradiah

a. Solat sunat b. Solat sunat nafilah c. Solat hajat d. Banyakkan tilawah al-Quran. e. Sentiasa berzikir dan beristighfar.

Ingatlah kemenangan Salahuddin Ayyubi rah bukan kerana tajam pedangnya, tetapi kerana tajam doanya dan hebat amalan infiradiahnya ditambah pula dengan tinggi akhlaknya.

2. Sentiasa menyertai amalan ijtimaiah

Amalan ijtimaiah yang paling dituntut oleh Allah dan RasulNya ialah solat fardhu. Pastikan kita sentiasa menunaikan solat fardhu kita di mesjid atau di mana tempat azan dilaungkan.

Ingatlah Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah-rumah yang penghuninya dengan sengaja tidak solat fardhu dengan berjemaah. Adalah difahamkan apabila semua ummat Islam membesarkan amalan solat fardhu dengan berjemaah, Allah akan menyempitkan kehidupan para munafik dan kuffar. Telah terbukti di zaman Rasulullah s.a.w. orang-orang Yahudi telah cabut lari meninggalkan kota Madinah. Sedangkan mereka telah lama bertapak menguasai ekonomi di kota Madinah.

3. Selaraskan amalan dengan ketua

Pernah terjadi pada zaman pemerintahan Saiyidina Othman r.anhu. Dalam satu musafir khalifah r.anhu telah solat zohor/asar dengan empat rakaat.Sedangkan dalam musafir Rasulullah bersolat secara qasar.Begitu juga dengan amalan Khalifah Saiyidina Abu Bakar dan Umar r.anhuma. Perbuatan khalifah telah menjadi rungutan para sahabat r.anhum. Seorang rakyat mengadu kepada Sayidina Ali dan Abu Zar r. anhuma. Mereka berdua telah menyebut Inna lillahi wainnahi rajiun.

Dalam satu musafir yang lain pada zaman Khalifah Uthman juga, masing-masing Sayidina Ali dan Abu Zar r. anhuma telah menjadi ketua rombongan. Ketika mengimamkan solat zohor/asar Saiyidina Ali dan Abu Zar r.anhuma melakukan solat tamam juga yakni empat rakaat.

Apabila ditanya kenapa tuan melakukan solat tamam. Saiyidina Ali /Abu Zar menjawab bahawa Rasulullah pernah berpesan supaya kami tidak melakukan amalan yang berbeza dangan Amir/Khalifah sezaman atau Amir waqt. Sekiranya amalan dilakukan dengan berbeza maka jauhlah dari rahmat Allah.

Komen: Sebab itulah sudah lama kita berjuang tetapi tidak menang-menang juga. Punca utamanya amalan kita cacamerba atau tidak seragam. Tuk Guru Nik Aziz menyeru supaya semua pejuang Islam hentikan merokok tetapi masih ramai lagi ahli jamaah menghisap rokok. Rokok itu sebenarnya senjata Yahudi. Kita benci Yahudi tapi masih hisap shit Yahudi. - maaf emosional sikit.

4. Banyakkan infaq

Infaq memanjangkan umur dan mengukuhkan ekonomi. Kita infaq satu ringgit Allah ganti sepuluh ringgit.

5. Jauhkan dari benda haram sama ada makan minum atau berpakaian. Dalam sejarah Islam ada tercatat seorang hamba Allah yang bernama Hajaj bin Yusoff. Beliau sangat takut kepada satu golongan yang digelar assahabussuffah yang tinggal di mesjid Nabi di Madinah. Doa mereka ini sangat mustajab. Untuk mengatasi masalahnya, Hajaj telah menjemput mereka menghadiri satu jamuan. Makanan yang dihidamkan disediakan dari benda-benda haram. Selepas selesai makan Hajaj pun berucap bahawa dia sudah tidak takut lagi dengan doa ahli suffah, sebab mereka telah dijamu dengan makan haram! Perhatikanlah berapa banyak benda haram telah menjadi darah daging kita. Sudah pastilah benda-benda haram ini memberi kesan negatif kepada kita.

6. Ikhlas atau betul niat

Mafhum satu hadis, amalan ikhlas lebih hebat dari kuasa atom. Kesahnya begini: Allah swt telah siap mencipta bumi tetapi bumi bergegar-gegar. Lalu Allah pacakkan gunung -ganang lantas stabillah bumi. Para malaikat menyaksikan dengan penuh takjub. Wah hebatnya gunung-ganang! Bumi yang bergegar boleh diam. Ya Allah, ada tak kuasa lain yang lebih hebat dari gunung-ganang ni? Ada. Besi. Lebih kuat dari besi? Api. Lebih kuat dari api? Air. Lebih kuat dari air? Angin. Lebih kuat dari angin? Doa hambaku yang berbuat sedeqah dengan tangan kanan, tangan kiri tidak tahu.( Hadis ni panjang,diringkaskan)

Fikirkan: Amerika yang mempunyai senjata nuklear tidak dapat menyekat taufan atau tornado@puting beliung. Tidak dapat menyekat banjir dan gempa bumi. Sedangkan para mukhlisin diberi kehebatan sebegitu rupa. Tidak ada sebablah kita hendak membelakangkan amalan-amalan ini.

Oleh itu marilah kita bertaubat dan kembali kepada kekuatan sebenar dan seterusnya kita gempur golongan taghut sehingga Allah memberi kenangan dan keridhaanNya. Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!

pakdek@yahoo.co.uk

Last changed: November 21, 1999