ReformIS

[ Contents | Post ]

KEADILAN TIDAK BERTANDING DI DUN LUNAS BUKAN KERANA MERAJUK

From:
Date: 21 Nov 1999
Time: 11:03:17

Comments

KEADILAN TIDAK BERTANDING DI DUN LUNAS BUKAN KERANA MERAJUK

KULIM, 21 Nov (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Nasional (Keadilan) Saifuddin Nasution Ismail menolak tanggapan kononnya parti itu merajuk sehingga enggan membenarkan calonnya bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas pada pilihan raya ke-10 ini

Beliau berkata semua keputusan berhubung dengan pembahagian kerusi di kalangan pakatan parti pembangkang yang menggelarkan diri mereka Barisan Alternatif dicapai secara semangat setiakawan.

Saifuddin, yang juga Ketua Pemuda Keadilan Kedah, berkata pakatan antara PAS, DAP, Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah memutuskan bahawa DAP bertanding menentang Barisan Nasional di Lunas.

Kerusi DUN Lunas menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon DAP M. Kathiravelo dan dua calon bebas N. Letchumanan dan Ibrahim Mohamed Rashdi yang mencabar calon BN dan penyandang kerusi itu Dr Joe Fernandez.

Ia adalah satu-satunya kerusi daripada 36 kawasan DUN di Kedah yang menyaksikan pertandingan empat penjuru pada pilihan raya umum 29 Nov ini.

Saifuddin, yang bertanding kerusi Parlimen Padang Serai, juga menolak dakwaan bahawa seorang calon bebas yang bertanding di DUN Lunas adalah anggota Keadilan. -- BERNAMA

Last changed: November 21, 1999