ReformIS

[ Contents | Post ]

DAP BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP IKLAN BERSIFAT HASUTAN

From:
Date: 21 Nov 1999
Time: 11:00:01

Comments

DAP BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP IKLAN BERSIFAT HASUTAN

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- DAP hari ini membuat laporan polis terhadap Barisan Nasional (BN) berhubung iklan semuka penuh dalam akhbar-akhbar utama hari ini yang parti itu mendakwa bertujuan mengancam pengundi dan menghalang mereka daripada mengundi secara bebas tanpa paksaan dan tekanan.

Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang membuat laporan itu di balai polis Petaling, Jalan Klang Lama di sini, bagi kesalahan mengikut Kanun Keseksaandan Akta Hasutan.

Lim berkata ia merupakan laporan kedua yang beliau buat terhadap iklan berkenaan. Yang pertama dibuat awal pagi ini di ibu pejabat polis Pulau Pinang bagi kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya 1954.

"Iklan itu amat mengapi-apikan, bersifat hasutan dan iklan politik yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Lim berkata walaupun iklan itu tidak menyatakan sebarang parti, tetapi sebagai pembangkang, ia mencadangkan bahawa pemimpin DAP adalah penyangak, menyokong keganasan dan mahukan pemerintahan anarki. --BERNAMA

Last changed: November 21, 1999