ReformIS

[ Contents | Post ]

DAP NAMAKAN TUJUH CALON PARLIMEN DAN 17 CALON DEWAN UNDANGAN

From:
Date: 19 Nov 1999
Time: 11:32:25

Comments

DAP NAMAKAN TUJUH CALON PARLIMEN DAN 17 CALON DEWAN UNDANGAN

PULAU PINANG, 19 Nov (Bernama) -- DAP menamakan tujuh calon untuk bertanding kawasan parlimen dan 17 calon untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada pilihan raya kali ini.

Setiausaha Agungnya, Lim Kit Siang mengetuai barisan pembangkang itu dan akan bertanding di kawasan Parlimen Bukit Bendera manakala Pengerusi DAP Pulau Pinang Karpal Singh bertanding di kawasan Parlimen Jelutong.

Lima lagi ialah calon tunggal wanita Chong Eng (Bukit Mertajam), Lim Hock Seng (Bagan), Goh Kheng Huat (Nibong Tebal), Chow Kon Yeow (Tanjung) dan Zulkifli Mohd Noor (Bayan Baru).

Bagi kerusi DUN, Kit Siang akan bertanding di kawasan Kebun Bunga manakala Karpal Singh di kawasan Datuk Keramat.

Seorang muka baru iaitu Jagdeep Singh Deo yang juga anak Karpal Singh akan bertanding di Bukit Gelugor manakala calon lain ialah Phee Boon Poh (Sungai Puyu), Lim Hock Seng (Bagan Jermal), S. Neelamekan (Prai), Chong Eng (Berapit) dan Tan Ah Huat (Bukit Tengah).

Calon yang lain ialah Teoh Seang Hooi (Jawi), Wong Hang Yoke (Tanjung Bunga), Ong Hock Aun (Air Itam), Chow Kon Yeow (Padang Kota), Lai Hon Meng (Pengkalan Kota), Gooi Seong Kin (Kampung Kolam), A. Asamaley (Sungai Pinang), Law Heng Khiang (Batu Lanchang) dan Fong Kam Cheong (Paya Terubong).

Pada majlis mengumum dan memperkenalkan calon-calon DAP di sini malam ini, Kit Siang berkata, beliau akan memberi saingan sengit kepada calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen di Bukit Bendera iaitu Chia Kwang Chye dan DUN Kebun Bunga, Dr Teng Hock Nan.

Katanya, Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula akan dicabar oleh calon DAP, Wong Hang Yoke pada pilihan raya kali ini.

Karpal pula melahirkan keyakinan akan dapat menawan kerusi DUN Datuk Keramat memandangkan orang Melayu di kawasan itu mula "menerima" kehadiran beliau.

Sementara itu, Pas akan bertanding satu kawasan parlimen dan enam DUN di Pulau Pinang pada pilihan raya umum ini.

Pesuruhjaya Pas negeri Haji Mohd Hamdan Abdul Rahman berkata, Abdul Khalid Rasid dicalonkan untuk bertanding di kawasan parlimen Kepala Batas.

Enam calon Pas yang bertanding di peringkat negeri ialah Khazali Hussin di DUN Penaga, Dr Hassan Ahmad (Permatang Berangan), Soid Mohd Amin (Sungai Dua), Haji Hamdan Abdul Rahman (Permatang Pasir), Ismail Supa (Sungai Acheh) dan Abdul Aziz Ismail (Telok Kumbar). -- BERNAMA

Last changed: November 19, 1999