ReformIS

[ Contents | Post ]

DR CHEN BERTANDING KERUSI PARLIMEN RASAH DAN DUN TEMIANG

From:
Date: 19 Nov 1999
Time: 10:45:22

Comments

DR CHEN BERTANDING KERUSI PARLIMEN RASAH DAN DUN TEMIANG

SEREMBAN, 19 Nov (Bernama) -- Pengerusi DAP kebangsaan Dr Chen Man Hin akan bertanding di dua kawasan -- kawasan Parlimen Rasah dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Temiang -- pada pilihan raya umum ke-10, 29 Nov ini.

Dr Chen ketika mengumumkan senarai nama calon DAP negeri di sini hari ini berkata DAP akan turut bertanding di kawasan parlimen Seremban dengan meletakkan Setiausaha Publisiti DAP negeri Lee Peng Fee manakala di kawasan Parlimen Telok Kemang DAP meletakkan anggota Majlis Tertinggi Keadilan pusat N. Gobalakrishnan yang akan bertanding atas tiket DAP.

Bagi kawasan DUN pula DAP akan bertanding di 10 kawasan. Selain Temiang, parti itu meletakkan pengerusi cawangan Titi, Siow Yoke Kim di DUN Chennah, Naib Pengerusi DAP negeri Ho Chew Kuan (Bahau), Pengerusi cawangan Tampin Kok Chan Wah (Repah), Timbalan Pengerusi DAP negeri Wong Swee Ching (Nilai), Pengerusi DAP Negeri Wong Yauk @ Wong Zee Nyok (Lobak).

Yang lain ialah bendahari DAP negeri P. Gunasekaren (Rahang), setiausaha DAP negeri Liew Tet Kim (Mambau) serta dua orang Setiausaha Politik Dr Chen, M.K. Arumugam (Si Rusa) dan Lim Fui Ming (Lukut).

Dr Chen berkata senarai calon DAP itu berasaskan persetujuan yang dicapai semua pihak.

"Ini adalah barisan terbaik selepas mengadakan beberapa siri perbincangan. Walaupun ada pihak yang tidak berpuas hati tetapi kami percaya ini tidak akan menimbulkan masalah untuk mencapai objektif kami menafikan kemenangan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN).

"Saya yakin kita dapat merampas beberapa kerusi pada kali ini jika semua bekerja keras," katanya.

Katanya walaupun usianya telah mencapai 74 tahun, beliau menjadi calon DAP kerana tertarik dengan manifesto bertajuk "Ke Arah Malaysia Yang Adil" oleh pakatan parti pembangkang yang menggelar diri mereka Barisan Alternatif.

Pada pilihan raya umum 1995 Dr Chen tewas kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Wong See Wah di kerusi Parlimen Rasah dengan majoriti 10,171. -- BERNAMA DR CHEN BERTANDING KERUSI PARLIMEN RASAH DAN DUN TEMIANG

SEREMBAN, 19 Nov (Bernama) -- Pengerusi DAP kebangsaan Dr Chen Man Hin akan bertanding di dua kawasan -- kawasan Parlimen Rasah dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Temiang -- pada pilihan raya umum ke-10, 29 Nov ini.

Dr Chen ketika mengumumkan senarai nama calon DAP negeri di sini hari ini berkata DAP akan turut bertanding di kawasan parlimen Seremban dengan meletakkan Setiausaha Publisiti DAP negeri Lee Peng Fee manakala di kawasan Parlimen Telok Kemang DAP meletakkan anggota Majlis Tertinggi Keadilan pusat N. Gobalakrishnan yang akan bertanding atas tiket DAP.

Bagi kawasan DUN pula DAP akan bertanding di 10 kawasan. Selain Temiang, parti itu meletakkan pengerusi cawangan Titi, Siow Yoke Kim di DUN Chennah, Naib Pengerusi DAP negeri Ho Chew Kuan (Bahau), Pengerusi cawangan Tampin Kok Chan Wah (Repah), Timbalan Pengerusi DAP negeri Wong Swee Ching (Nilai), Pengerusi DAP Negeri Wong Yauk @ Wong Zee Nyok (Lobak).

Yang lain ialah bendahari DAP negeri P. Gunasekaren (Rahang), setiausaha DAP negeri Liew Tet Kim (Mambau) serta dua orang Setiausaha Politik Dr Chen, M.K. Arumugam (Si Rusa) dan Lim Fui Ming (Lukut).

Dr Chen berkata senarai calon DAP itu berasaskan persetujuan yang dicapai semua pihak.

"Ini adalah barisan terbaik selepas mengadakan beberapa siri perbincangan. Walaupun ada pihak yang tidak berpuas hati tetapi kami percaya ini tidak akan menimbulkan masalah untuk mencapai objektif kami menafikan kemenangan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN).

"Saya yakin kita dapat merampas beberapa kerusi pada kali ini jika semua bekerja keras," katanya.

Katanya walaupun usianya telah mencapai 74 tahun, beliau menjadi calon DAP kerana tertarik dengan manifesto bertajuk "Ke Arah Malaysia Yang Adil" oleh pakatan parti pembangkang yang menggelar diri mereka Barisan Alternatif.

Pada pilihan raya umum 1995 Dr Chen tewas kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Wong See Wah di kerusi Parlimen Rasah dengan majoriti 10,171. -- BERNAMA

Last changed: November 19, 1999