ReformIS

[ Contents | Post ]

DAP PERAK UMUM CALON

From:
Date: 19 Nov 1999
Time: 10:32:52

Comments

DAP PERAK UMUM CALON

IPOH, 19 Nov (Bernama) -- Naib Pengerusi DAP M. Kula Segaran, penyandang kerusi Parlimen Teluk Intan diumumkan akan bertanding bagi kerusi Parlimen Ipoh Barat dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong di sini.

Selain beliau, Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham turut bertanding dua kerusi iaitu di Parlimen Ipoh Timur dan DUN Pasir Pinji.

Senarai rasmi calon DAP Perak yang diumum Ngeh hari ini turut mengemukakan Presiden Persatuan Pengguna Perak Abdul Rahman Said Alli yang akan bertanding kerusi Parlimen Gopeng manakala anggota Parti Sosialis Malaysia yang belum didaftarkan Dr Michael Jeyakumar Devaraj turut diberi tiket oleh DAP untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Siput.

Senarai yang membariskan sembilan calon Parlimen dan 17 calon DUN itu, turut mengesahkan spekulasi yang dibuat sebelum ini terutamanya mengenai kedudukan Kula Segaran di Teluk Intan.

Menggantikan tempat beliau untuk kerusi Parlimen Teluk Intan iaitu N. Rajendiran, seorang eksekutif pengiklanan.

Menurut Ngeh, DAP kali ini membariskan 100 peratus calon tempatan dan lebih 60 peratus daripada mereka merupakan lulusan universiti.

Berikut adalah senarai calon DAP di Perak:

PARLIMEN -------

1. P057 Taiping - Dr Lim Kean Ghee 2. P059 Sungai Siput - Dr D. Jeyakumar 3. P061 Ipoh Timur - Ngeh Koo Ham 4. P062 Ipoh Barat - M. Kula Segaran 5. P063 Batu Gajah - Fong Po Kuan 6. P065 Beruas - Yew Teong Chong @ Iu Teong Chong 7. P067 Gopeng - Abd Rahman Said Alli 8. P068 Kampar - Loh Peng Lam 9. P073 Teluk Intan - N. Rajendiran

DEWAN UNDANGAN NEGERI ---------------------

1. N014 Pokok Assam - Mah Om Ching 2. NO15 Aulong - Abdul Hamid Salleh 3. N019 Jalong - Lam Wai Mun 4. N022 Taman Canning - V. Sivakumar 5. N023 Tebing Tinggi - Fan Lew Leng @ Fan Yew Teng 6. N024 Pasir Pinji - Ngeh Koo Ham 7. N025 Bercham - Chong Tat Cheong 8. N026 Buntong - M. Kula Segaran 9. N027 Menglembu - Keong Meng Sing 10. N028 Lahat - Chen Tiam Seong 11. N032 Pantai Remis - Nga Kor Ming 12. N036 Teja - Wong Yoon Choong 13. N038 Kuala Dipang - Lau Jiann Chang 14. N039 Malim Nawar - Su Keong Siong 15. N046 Sitiawan - Hu Chan You 16. N049 Pasir Bedamar - Seah Leong Peng 17. N051 Sungkai - R. Bathamanathan

-- BERNAMA

Last changed: November 19, 1999