ReformIS

[ Contents | Post ]

Pesanan Kepada Petugas Peti Undi BA

From:
Date: 19 Nov 1999
Time: 02:51:04

Comments

Pesanan Kepada Petugas Peti Undi BA

Untuk mengelakkan penipuan yang mungkin berlaku di bilik pengundian, berikut adalah cadangan langkah-langkah yang MESTI diberi perhatian oleh petugas BA.

1. Datang awal, sebelum peti undi disita oleh pegawai SPR. Sahkan yang peti tersebut benar-benar kosong.

2. Bersedia dengan senarai daftar pemilih terbaru dari SPR yang mana telah kita "highligt"kan nama pengundi yang meninggal dan pengundi tidak dikenalpasti di kawasan tersebut. Pastikan apabila ada pengundi yang masuk untuk mengundi bagi pihak orang yang telah kita highlightkan itu terus buat bantahan kepada pegawai SPR, sound kepada wakil kita di luar bilik mengundi dan jika perlu rampas kad pengenalannya dan buat laporan polis segera. Untuk mendapatkan maklumat setiap nama dalam senarai pemilih sila berkerjasama dengan orang ramai ketika culaan undi dibuat sekarang.

3. Pastikan setiap pemilih tidak membawa lari keluar kertas undi kosong dan tidak juga ada yang memasukkan lebih dari dua kertas undi (Parlimen/DUN)

4. Semasa peti dibuka pastikan jumlah kertas undi dalam peti parlimen dan DUN adalah sama dan juga jumlah dari setiap peti tersebut sama dengan jumlah keratan kertas undi yang dikeluarkan oleh kerani SPR. Untuk mengelakkan penipuan oleh jumlah keratan tersebut, petugas mesti menanda dengan betul jumlah pengundi di buku senarai pemilih yang digunakan. Oleh itu jangan tinggalkan tempat pemerhatian, tunggu pengganti datang jika hendak ke tandas sekalipun.

5. Semasa pengiraan, pastikan pengiraan dengan adil terutama ketika mengesahkan kesahihan undi 'ragu'. Jangan bertolak ansur dalam hal undi ragu yang pegawai SPR memihak kepada BN, beranilah mencadangkan agar undi itu dikira "rosak".

6. Dengar perbualan telefon pegawai SPR ketika menyampaikan keputusan kepada Pengurus SPR kawasan. Pastikan keputusan yang disampaikan sama seperti yang diperolehi. Laporkan juga dengan segera kepada wakil calon kita di pusat penjumlahan undi supaya dapat dijumlahkan dengan tepat seperti yang dilaporkan oleh SPR.

Untuk makluman, ini hanyalah untuk pengundian di pusat pengundi awam. Bagi undi pos, penipuan tidak dapat dihalang sekiranya tiada kerjasama penuh dan kejujuran dari Pegawai SPR. Ini kerana peti undi yang keluar dari kem/pusat mengundi pos itu dibawa oleh agen SPR dengan kereta/helikopter tanpa dikawalselia oleh wakil calon BA. Pertukaran peti undi sebenar kepada peti undi yang kertasnya dipangkah oleh hantu dapat dilakukan oleh agen si tua ganyut Putrajaya itu yang duduk dalam SPR itu.

Dalam keadaan tersebut, peti undi pos yang kita harapkan askar dan pegawainya menyokong kita telah 'ghaib' dan digantikan dengan yang datang dari 'jin'. Ingat! Ini adalah pilihanraya terkotor. Jadi rantai aliran peti undi pos banyak keraguannya dan tidak syak lagi itu adalah salah satu cara BN pengecut ini gila kuasa untuk terus gila memerintah. Sebab itu si tua ganyut putrajaya itu takut akan 680,000 pengundi baru yang memangnya tidak pernah nak berterima-kasih kepada UMNO baruA dan BN ini. 680,000 dapat menyaingi 250,000 undi pos brader! Habis siapa lagi yang dapat mempertahankan kediktatorannya itu. Budaya undi pos nilah yang dibawanya ke dalam istilah undi bonus untuk pemilihan Presiden UMNO barua itu.

Kemenangan jua dipohon dan diharapkan.

GURU SEKOLAH DEWASA

Last changed: November 19, 1999