From:
Date: 19 Nov 1999
Time: 02:47:19
Kenapa MAHAFIRAUN Bubarkan Parlimen?
Apabila MAHAFIRAUN membubarkan Parlimen pada 11.11.99 yang lalu, kita telah dapat mendengar dan membaca beberapa reaksi daripada pemimpin BA dan BN. Antara alasan-alasan popular yang dikemukakan ialah seperti berikut:-
1. MAHAFIRAUN ini tidak mahu sejumlah hampir 700,000 pengundi baru mengundi dalam pilihanraya akan datang kerana diketahui majoriti adalah penyokong BA;
2. MAHAFIRAUN tidak mahu perbicaraan SDR ANWAR IBRAHIM berlarutan dan memberi peluang kepada saudara Anwar untuk menceritakan keburukannya dan para KONSPIRATORnya kerana perbicaraan diikuti oleh rakyat dan ini akan memberi kelebihan kepada BA dalam menghadapi pilihanraya akan datang;
3. MAHAFIRAUN ingin menggunakan belanjawan yang belum diluluskan sebagai umpan dan ugutan kepada rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan untuk terus mengundi BN; dan
4. MAHAFIRAUN terlalu percaya dan taksub kepada ramalan dan angka (Feng Shui yang baik); oleh itu memilih tarikh 11.11.99. Angka satu dicampur menjadi dua dan dicampur dengan sembilan menjadi sepuluh genap. Mungkin MAHAFIRAUN ini berharap angka dua bermaksud menang dua pertiga dan angka genap; menang majoriti. (Andaian persendirian sahaja).
Bagaimanapun, jika kita mengkaji latabelakang dan tindakan orang seperti MAHAFIRAUN ini, mestilah dia mempunyai alasan yang cukup kuat mendorong dia membubarkan parlimen. Jika tidak, MahaTong tidak akan mendedahkan dirinya dan BN kepada risiko kekalahan yang tinggi. Untuk membaca pemikiran dan keputusan pembubaran MahaTongkang, kita hendaklah merujuk kepada aspek-aspek seperti berikut:-
1. Peristiwa semasa;
2. Tempoh masa yang beliau ada hingga tamat tempoh parlimen;
3. Peristiwa-peristiwa yang sedang dia hadapi dan kemungkinan-kemungkinan masa depan ;
4. Penilaiannya terhadap kekuatan semasa parti BA dan BN.
Hasil penelitian saya, perkara-perkara yang mungkin bermain dikepada otak MahaTuntung adalah seperti berikut:-
1. SDR ANWAR IBRAHIM sedang menghadapi perbicaraan liwat dan dalam menghadapi tuduhan, beliau telah menceritakan rancangan para konspirator dan keburukan pemimpin BN/UMNO; jika perbicaraan berterusan segala keburukan dan kejahatan mereka akan terus terbongkar dan kepercayaan rakyat terhadap BN/UMNO akan berkurangan dan sokongan serta kredibiliti BA akan bertambah;
2. MahaTelur juga telah disapina untuk hadir sebagai saksi di mahkamah. Jika perbicaraan berterusan dia perlu hadir di kandang saksi untuk menjawab soalan-soalan para peguam SDR ANWAR IBRAHIM dan mengemukakan bukti-bukti tuduhannya. MahaTelur yang tiada teloq ini tidak berani datang ke mahkamah kerana:-
a. dia tiada bukti,
b. dia tidak mahu menjadi PM Malaysia yang pertama masuk court kena soal macam-macam;
c. dia tidak mahu rakyat melihat bagaimana merah padam mukanya kerana cuba menipu mereka-reka cerita atau lebih teruk lagi tidak dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan;
d. dia tidak mahu disergah dan diasak oleh para peguam SDR ANWAR IBRAHIM terutama Encik Karpal Singh yang sering dipersendakannya di parlimen;
e. dia tidak mahu rakyat mengadili kebenaran tuduhan dan kata-katanya terhadap SDR ANWAR IBRAHIM.
3. Perbicaraan sepatutnya masih berjalan dan dijangka berterusan hingga ke bulan Ramadhan. MahaTerung pasti ingat betoi dan kecut teloq bila dia diminta berdiri dikandang saksi dalam bulan Ramadhan. Bayangkan apa akan terjadi bila dia cuba buat fitnah dan menipu. Pahala puasa hilang terus, dosa mengalahkan gunung Everest dan yang paling parah jika Allah menunjukkan kekuasaan dan kemurkaan kepadanya hingga ketika menjawab dia terketar-ketar, ayaq lioq meleleh atau tersasul berkali-kali kerana doa orang yang dizalimi lebih lagi dalam bulan yang mulia Insya ALLah segera dimakbulkan ALLAH;
4. Jika buat pilihanraya pada bulan puasa atau selepas bulan puasa, kemungkinan besar BN kalah teruk. Sebabnya semua umat Islam yang cintakan keadilan dan benci kezaliman akan berdoa minta ditunjukkan kebenaran dan dihapuskan kezaliman. Doa, wirid, sembahyang tahajjud, hajat akan lebih kerap dilakukan oleh umat Islam dan Insya ALLAH doa umat Islam dibulan Ramadhan terutama pada malam LailatulQadar dimakbulkan. Inilah yang paling ditakutkan MAHAFIRAUN. Sebenarnya dia juga boleh berdoakan, terpulanglah kepada niat dan keyakinan diri;
5. MAHAFIRAUN tidak mahu menambah dosa dan membuat fitnah dan menipu dalam bulan puasa. Nanti dosa tak terangkat atau terus dilaknat ALLAH (entah tengoklah nanti.., mudah-mudahan tidak);
6. MAHAFIRAUN membuat jangkaan dan berharap akan berlaku banjir semasa hari mengundi; dan berfikir inilah peluang untuk menipu dengan menukar peti-peti undi dalam suasana kelam kabut. AWAS taktik ini BA!
7. UMNO berharap jika berlaku banjir tidak ramai penyokong BA dapat mengundi kerana masalah pengangkutan. BN/UMNO dijangka telah menyediakan kemudahan bot-bot mereka dan milik kerajaan untuk mengangkut penyokong mereka sahaja ke tempat undi kerana berpendapat BA kekurangan kemudahan logistik;
8. MAHAFIRAUN percaya kekuatan BN/UMNO masih berada diparas sederhana dan peluang masih baik untuk menang. Jikapun peluang adalah 50-50, maka lebih baik pilihanraya diadakan secepat mungkin untuk mengelak pengaruh BA bertambah kuat dan menjalar ke desa.
9. MAHAFIRAUN juga sudah cukup yakin dengan persediaan BN/UMNO dan rancangan dia dan kuncu-kuncunya terhadap apa-apa keputusan pilihanraya.Sudah semestinya orang seperti MAHAFIRAUN telah mengatur rancangan dan tindakan untuk menghadapi pelbagai kemungkinan seperti berikut:-
a. Tindakan yang harus dibuat jika keputusan 50/50;
b. Tindakan yang akan diambil jika keputusan menunjukkan BA menang majoriti kecil (simple majoriti) atau BN/UMNO yang menang simple majoriti;
c. Tindakan yang akan diambil jika tanda-tanda awal menunjukkan BA menang majoriti. Tiga kemungkinan yang difikirkan iaitu:-
~ Jika MAHAFIRAUN anak jantan dan gentlemen, bila kalah simple atau majoriti besar; dia akan menerima dengan hati terbuka dan mengucapkan tahniah kepada BA;
~ Jika mendapat maklumat BN/UMNO kalah simple atau majoriti besar; dia akan arahkan komandu upahan UMNO/BN buat kekacauan dan huru-hara dan isytiharkan darurat; tangkap pemimpin BA dibawah ISA dan buat semula pilihanraya;
~ Jika tahu akan kalah dan takut didakwa, sudah tentu sekarang dia dan para kroninya telah memindahkan duit dan harta mereka keluar negara dan bersedia untuk lari dan mendapat suaka politik diluar negara rakan-rakan diktatornya.
Jika ada yang tidak bersetuju dengan analsis ini, harap dapat memberi komen untuk berkongsi idea. Semoga kemenangan diberikan kepada keadilan, kebenaran dan BA.
Selamat Berjuang!