ReformIS

[ Contents | Post ]

[kini-malaysia] KINI - Khamis 181199

From:
Date: 18 Nov 1999
Time: 22:59:38

Comments

[kini-malaysia] KINI - Khamis 181199

Guru & Pensyarah Menuntut Perubahan

Guru-guru sekolah dan pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) mempunyai peranan yang besar dalam pembangunan masyarakat dan negara. Tetapi golongan guru dan pensyarah sekarang ini ditekan oleh pemerintah Barisan Nasional. Sedangkan pendidikan merupakan suatu kekuatan nasional. Pendidikan penting dalam usaha mengurangkan jurang sosio-ekonomi. Pendidikan penting dalam menyediakan rakyat menghadapi masa depan dalam era globalisasi.

Akibat Pembangunan Yang Tidak Seimbang

Hari ini, masih ramai rakyat yang tidak berpeluang melanjutkan pendidikan mereka. Pensyarah-pensyarah IPT sekarang amat menyedari kekurangan kelengkapan di pusat-pusat pengajian tinggi. Akibatnya, mutu pendidikan juga semakin merosot. Hal yang sama juga berlaku di sekolah-sekolah. Kepincangan ini menyebabkan semangat guru-guru sekolah dan pensyarah institut pengajian tinggi semakin lemah sekarang.

Untuk Mengatasi Kelemahan

Penglibatan guru-guru dan pensyarah dalam proses pengurusan sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi itu amatlah perlu untuk mengatasi kelemahan yang ada. Dengan penglibatan secara langsung itu akan meningkatkan semangat guru dan pensyarah untuk mengajar. Kemerosotoan di sekolah dan IPT itu boleh dihentikan dengan pembangunan yang sepadu, termasuklah soal-soal kurikulum.

Masalah Utama Ialah Sikap Kerajaan BN

Kerajaan BN amat taksub mahu menswastakan pendidikan. Inilah punca masalah. Guru-guru dan pensyarah yang faham akan matlamat dasar pendidikan nasional tidak bersetuju sektor pendidikan dijadikan satu sektor untuk mengaut keuntungan. Pendidikan bukan bidang bisnes.

Guru-Guru Dan Pensyarah Menuntut Perubahan

Pendidikan merupakan tanggungjawab asasi negara, walaupun sistem pendidikan swasta dibenarkan. Guru-guru dan pensyarah di IPT mahu melihat supaya dihentikan segera segala usaha ke arah penswastaan institusi pengajian tinggi awam. Mereka menyokong supaya dikaji semula pelaksanaan dasar pengkorporatan institusi pengajian tinggi awam.

Perbelanjaan Pendidikan Seimbang

Guru-guru dan pensyarah menuntut perbelanjaan pendidikan supaya lebih seimbang dan adil. Tiada yang diabaikan. Pendidikan bercorak elitis bertentangan dengan pendemokrasian pendidikan untuk rakyat. Dengan demikian, pendidikan yang wajib yang diberi percuma oleh pemerintah adalah asas utama untuk peringkat sekolah rendah dan menengah rendah.

Bagi Mempastikan Iltizam

Iltizam yang tinggi bagi guru-guru dan pensyarah adalah penting bagi pembangunan pendidikan nasional. Maka, sewajarnya dikaji semula sekim perkhidmatan guru. Perlu diperkenalkan insentif tambahan untuk guru-guru yang berkhidmat di kawasan pendalaman. Taraf latihan guru juga perlu ditingkatkan bagi semua peringkat sekolah. Dalam hubungan ini, peluang latihan lanjutan bagi guru-guru mestilah diperbanyakkan supaya mereka sentiasa mengikuti perkembangan pengetahuan dan kemahiran yang terkini.

Bergerak Seiring Rakyat

Tuntutan perubahan oleh guru-guru dan pensyarah perlulah bergerak seriring dengan tuntutan perubahan oleh rakyat Malaysia keseluruhannya. Dalam gelombang dan kebangkitan, rakyat mahukan perubahan sekarang, maka peranan guru dan pensyarah sebagai tenaga bijak pandai sangat penting.

Untuk itu, guru-guru dan pensyarah menyokong desakan rakyat supaya Barisan Nasional

ditumbangkan dalam pilihanraya umum ke-10 pada 29 November ini. Sokong Kerajaan Alternatif.

Tamat

Untuk menyertai senarai kami, sila hantar mesag kosong ke:

kini-malaysia-subscribe@egroups.com

the-malaysian-subscribe@egroups.com

Untuk keluar dari senari tersebut, sila hantar mesag kosong ke:

kini-malaysia-unsubscribe@egroups.com

the-malaysian-unsubscribe@egroups.com

Sila lawat laman kami di:

http://kini.webjump.com/

http://berita.webjump.com/

http://members.xoom.com/adilmalaysia/

Para penerima diminta mencetak, menyalin dan mengedar Kini, terutamanya kepada mereka yang mungkin berminat. Kami juga menghendaki alamat e-mail supaya dapat mengirim risalah harian ini secara langsung.

Terima kasih atas kerjasama anda.

Last changed: November 18, 1999