ReformIS

[ Contents | Post ]

Musuh Islam Adalah Umno

From:
Date: 18 Nov 1999
Time: 22:47:19

Comments

Musuh Islam Adalah Umno

Secara umumnya orang-orang Melayu adalah beragama Islam . maka jika ada orang-orang Melayu Melayu yang tidak mahu menegakkan Islam sebagai ideologi dan pegangan hidup , mereka adalah musuh bagi orang-orang Melayu.

Di zaman ini memang ramai orang-orang Melayu yang mengakui Islam tetapi tidak ramai yang mahu menegakkan Islam bersungguh-sungguh.

Malah ramai dari kalangan orang-orang Melayu yang menganggap Islam itu sebagai pegangan yang kolot , ketinggalan zaman , membawa pecahbelah , zalim dan tidaj sesuai di zaman sains dan teknologi.

Di antara orang-orang yang gentar kepada Islam adalah dari kalangan orang-orang Melayu. golongan itu menyatakan bahawa kalau Islam ini memerintah maka kebebasan yang ada akan hapus.

Mereka tak dapat lagi hendak berjudi, berzina , bermain seks secara bebas, minum arak, makan riba , mengedar dadah menipu dan rasuah.

Mereka katakan juga bahawa rezeki mereka menjadi pendek kalau Islam ditehakkan kerana semuanya haram , itu tak boleh dan ini tak boleh.

Orang-orang itu musuh Melayu sebenarnya. Oleh kerana merka tidak mahu kepada Islam , merek apilih jalan-jalan perjuangan yang lain membolehkan mereka menjalankan kegiatan dunia menurut nafsu mereka sendiri.

Ada yang memilih ideologi kebangsaan, ada pula memilih dasar kapitalis, dasar sosialis , dasar komunis dan bercampur aduk pula dengan dasar sekular dan pragmatis.Untuk menyedapkan hati orang-orang Melayu di kampung-kampung mereka katakan dasar-dasar ini tidak bercanggah dengan Islam tanpa memberikan sebarang dalil.

Islam mereka hanya tinggal pada nama dan pada lambang. hakikatnya segala perbuatan mereka menentang Islam.

Selagi orang Melayu tidak kembali menghayati perjuangan Islam keseluruhannya, selagi itulah orang Melayu akan berpecah dan di dalam keadaan itu, mereka akan menjadi bangsa yang lemah dan terus layu.

Kita sudah lihat betapa lemahnya orang-orang Melayu menguasai bidang politik, tetapi oleh kerana orang-orang Melayu itu lemah (dari pemimpin sehinggalah kepada rakyat bawahan)maka Melayu itu ketinggalan di bidang ekonomi, pelajaran dan mengharungi mutu hidup yang rendah.

*DUA PULUH TAHUN LAGI (SEHABIS LAMA) BIDANG POLITIK PUN AKAN TERLEPAS DARI TANGAN ORANG MELAYU . DAN BILA KUASA POLITIK SUDAH TERLEPAS TANGAN. RAJA-RAJA MELAYU PUN AKAN KEHILANGAN TAKHTA MASING-MASING.

Siapa salah? Pemimpin-pemimpin menyalahkan orang-orang kampung dan orang-orang kampung itupula keran aterlalu taksub kepada pemimpin-pemimpin mereka, mengaku kesalahan mereka itu.

Adat orang memimpin, jarang-jarang mahu mengaku bersalah.mereka sentiasa menyalahkan orang lain.Walaupun mereka bersalah , mereka tetap tidak mengaku kerana mereka berhati batu. ! kalau ditegur melenting, kemudian menggunakan undang-undang menangkap orang-orang yang menegur.

Siapa yang jahat ? yang menangkap atau yang ken atangkap? jawablah sendiri. musuh Melayu adalah orang Melayu yang menyimpang dari jalan Islam . mereka itu adalah orang-orang kebangsaan , kapitalis , sosialis , komunis , pragmatis dan opotunis.

Islam adalah ideologi ciptaan ALLAH S.W.T. Fahaman-fahaman lain itu adalah ideologi ciptaan manusia.Kalau mahukan Islam kenapa dicipta lagi ideologi lain selain daripada yang sudah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T.

Kenapa tidak ikut ajaran Al-Quran dan sunnah Rasul?

Pemimpin-pemimpin Melayu , jangan jadi bangang. Hiduplah sebagai orang-orang yang patuh kepada hukum-hukum ALLAH S.W.T. jika setiap Melayu itu memelihara dan menegakkan perjuangan yang sudah digariskan mengikut lunas-lunas Islam, tentu Melayu tidak berpecahbelah.

Jika Melayu tidak berpecahbelah, mereka akan menjadi kuat dan kukuh.itulah sebaik-baik jalan bagi orang-orang Melayu dan kearah itu juga kita harapkan.

Wassalam

nakalsikit

Last changed: November 18, 1999