ReformIS

[ Contents | Post ]

Mesej Dari Guru di Kubang Pasu Untuk Najib.

From:
Date: 18 Nov 1999
Time: 22:39:56

Comments

Mesej Dari Guru di Kubang Pasu Untuk Najib.Pada 18/11/99

Pada 18/11/93 setiap sekolah di kawasan Kubang Pasu di mestikan menghantar lebih kurang 25 orang guru ke Institut Perguruan Darulaman, Jitra untuk perjumpaan dengan Najib. Semua guru diwajibkan hadir dan dimestikan membawa dan menyerahkan borang kehadiran di IPDA. Ada sekolah yang menugaskan Guru Kanan atau PK HEM untuk mengambil atendance (kedatangan ) bagi guru sekolahnya yang datang. Dengan perancangan begini dari JPN Kedah maka penuhlah Dewan Besar IPDA dengan semua kalangan pendidik dari Daerah Kubang Pasu. Ada yang datang dengan hati yang berat dan ada yang datang dengan hati yang ingin tahu.

Untuk pengetahuan pembaca dan warga pendidik, saya adalah warga pendidik yang datang dengan perasaan ingin tahu yang selama ini menjadi tanda tanya pada diri saya. Dibawah ini disertakan apa yang saya ingin tahu, dengar dan lihat di majlis yang di hadiri oleh menteri BN.

1. Apa yang akan dicakap oleh menteri BN. 2. Respon hadirin terhadap ucapan beliau. 3. Menentukan kebenaran apa yang saya baca dari internet tentang majlis yang di hadiri oleh menteri BN. 4. Ingin melihat sesuatu peristiwa yang mungkin berlaku dalam majlis itu.

Inti pati Ucapan dalam Majlis itu.

a) Pengarah Pendidikan Kedah

Hj. Hassan pun memulakan ucapan dengan memanjat kesyukurannya atas kesudian kehadiran Najib ke Kubang Pasu, walau pun saya tahu Najib terpaksa datang untuk memujuk para guru kawasan Kubang Pasu supaya menyokong BN. Hj Hassan mulalah memuji-muji para guru kerana meluangkan masa datang dan menganggap dirinya sebagai mewakili guru Negeri Kedah memberi sokongan pada BN. (sayangnya saya rasa dia syok sendiri ) Hj. Hassan mulalah memuji Mahadir, katanya Mahadir itu adalah akitek Malaysia , seorang PM yang berjiwa wira dan macam-macam lagi bodeknya.

Saya pada masa itu meninjau-ninjau keadaan sekeliling saya dan melihat berbagai-bagai respon dan mimik muka para guru dengan kata-kata sinis dari guru yang ternyata mereka ini meluat dengan apa yang dikatakan oleh Hj. Hassan. Ucapan Hj. Hassan pada kali ini agak pendek. ( Mungkin Hj. Hassan pun dah dapat mesej dari guru-guru pada beberapa perjumpaan di Negeri Kedah dan dia pun dah rasa yang setiap ucapannya membuatkan warga Pendidik Negeri Kedah meluat padanya.

b) Ucapan Najib.

Najib memulakan ucapan dengan memanjatkan kesyukuran pada Allah dan permulaan ucapannya ialah berkenaan sejarah tanahair bermula zaman British hinggalah di zaman kini. Dia mengharapkan semua warga pendidik tidak melupakan jasa-jasa pemimpin dalam memajukan Malaysia ( Pada masa ini saya mendapati ramai guru yang tidur dan saya pun mula mengantuk juga.)

Dari suasana begini saya yakin ramai guru telah mula muak dan jemu dengan cerita tersebut. Cerita-cerita ini juga telah acapkali ada dalam tv 3 1/4 tapi Najib ulang lagi. Najib beritahu kawasan Kubang Pasu semua dah ada dari Universiti, Politeknik, Maktab Perguruan, Institut Aminuddin Baki dan berbagai lagi, malah kawasan Kubang Pasu ini lebih baik pembangunannya dari Pekan Pahang dan apa lagi orang Kubang Pasu hendak. Jawapan yang saya dengar dari beberapa orang guru ialah mereka hendak kerajaan baru.

Najib mulalah menceritakan pengorbanannya menaikkan martabat guru dari gaji RM 600 kepada RM 915 iaitu dari sijil asas DG 6 kepada diploma Perguruan DG A6. Diapun menceritakan jumlah kenaikan yang dinikmati oleh guru. (kenaikan itu hanyalah sekelumit dari kekayaan yang dikaut oleh menteri BN untuk diri sendiri dan keluarganya)

Diringkaskan isi kandungan Najib yang lain ialah :-

1. Kejayaan Malaysia dalam pengundian untuk kerusi di UNESCO (maaf jika spellingnya salah)

2. Pengiktirafan dunia luar terhadap perkembangan pendidikkan di Malaysia dan katanya Malaysia telah menjadi tempat rujukan bagi negara Palestin, Libya, Arab Saudi dan beberapa negara lagi. Ini menunjukkan keterampilan Mahadir dalam memperkenalkan Malaysia pada negara luar, 'katanya lagi.

3. Kerajaan telah membina banyak rumah-rumah guru dan juga kerajaan akan membina lebih banyak lagi rumah guru berbentuk kondominium yang kalau di sewa harganya RM 800.00. (Guru kalau nak rasa duduk kondominium kena sokong BN) Tak payahlahhhhh ……..

4. Setelah Najib berhenti puji boss dia, dia pun mulalah bertanya pada para guru ' bolehkah Tuan Guru Nik Aziz jadi PM ? Apa yang mengejutkan audion ialah suatu tepukan gemuruh dari para guru membawa mesej menyokong Tuan Guru sebagai PM. Bolehkah Saudara Mat Sabu jadi Menteri Pelajaran ? Sekali lagi para guru memberi respon dengan tepukan yang gemuruh sekali. Menggeleng kepala "datuk" Pengarah kita atas sikap yang di tunjukkan oleh Guru-guru Kubang Pasu.

Rasanya selepas perjumpaan itu dia kena buat lapuran pada Najib , kerana pada awal ucapannya pengarah mengatakan semua guru-guru berdiri dibelakang kerajaan BN. ( Guru-guru Kedah cuma duduk di belakang saja kerana hendak tolong tolak mereka ini dalam parit, kerana semua mereka ini adalah orang yang merosakkan sistem pendidikan negara ini ) Najib senyum-senyum kambing kena penangan guru-guru Kubang Pasu.

5. Najib juga membangkitkan kes guru sek. Men. Jabi mengenai kritis dan inovatifnya guru tersebut membuat soalan. Nasihat Najib pada para guru jangan lagi terjadi begini. Guru boleh membuat soalan yang positif mengenai kejayaan wira Malaysia merentasi samudera seperti kejayaan Dato' Mansur dan jangan buat soalan perkara yang negatif seperti penyelewengan menteri-menteri. (Najib dah buat silap dalam ucapan ini, kerana secara tidak langsung dia mengiakan apa yang berlaku dalam penyelewengan oleh beberapa orang menteri kerana soalan itu adalah berbentuk nilai yang negatif)

6. Akhir sekali dalam ucapannya, (seperti bosnya juga) tidak ketinggalan ialah upacara memfitnah Dato' Sri Anwar Ibrahim tentang penyelewengan yang didakwa oleh Dato Murad dalam akuan berkanun. Saya lihat ramai guru-guru menggeleng kepala atas ucapan yang akhir ini. ( Najib pun macam Mahadir juga rupanya, bayang-bayang Dato' Sri Anwar sentiasa ada dalam setiap ucapan mereka kerana sekarang ini mereka tidor dah tak lena kerana kes-kes mereka akan dibongkar oleh kerajaan baru BA dan mereka tahu mereka juga akan merasai bagaimana kebabasan mereka direntap oleh mahkamah rakyat)

7. Akhir sekali ialah suasana dalam dewan dapat saya lihat ialah hanya beberapa orang guru cuba beberapa kali memberi tepukan apabila setiap kali Najib memberi ucapan yang bersemangat , tetapi hasilnya ialah suatu tepukan yang hambar yang membawa maksud bahawa para guru sudah fed-up dengan BN. (mula-mula hentam para guru kemudian bila dekat nak mengundi datang tagih simpati, minta maaaaaaaf sajalah) Ingat para penyokong BN terutamanya orang yang menginayai guru-guru dengan cara menyusahkan kehidupan keluarga mereka kerana doa dari mereka yang dizalimi akan sentiasa didengari oleh Allah dan bersedialah hukuman dari Allah dan dari para pengundi.

Sesungguhnya perbuatan anda semua membuat dan memperkuatkan kebencian kami (para guru) terhadap BN

Majlis berakhir pada pukul 5.20 petang dan satu lagi peristiwa yang patut menjadi renungan pada Najib dan pada semua yang bersetongkol dengan BN ialah kejadian dimana belum lagi Najib diiring keluar dari Dewan Besar untuk jamuan (baru berjalan 1/4 dewan dengan diiringi dengan bunga manggar) para guru semuanya telah bergegas keluar untuk balik. Ini adalah respon terakhir dari para guru Kubang Pasu untuk BN. ( maaf kerana setiap perkataan BN tidak didahului dengan perkataan 'kerajaan" kerana sekarang ini BN bukan lagi sebagai parti pemerintah)

Akhir sekali saya pulang kerumah dengan hati yang bersyukur pada Allah kerana para guru telah menunjukkan satu gambaran sikap yang sebenar pada Najib dan saya yakin Barisan Alternatif akan dapat menumbangkan BN di kawasan Kubang Pasu. (Mahadir lagi ketag lutut jika Najib ceritakan perkara yang sebenar apa yang berlaku di IPDA. Sesungguhnya cerita ini adalah Benar belaka dan tidak ada rekaan. Sesungguhnya Allah melihat apa yang saya telah tulis.

Takbir! Takbir!Takbir! Takbir!Takbir! Takbir!Takbir! Takbir!

Salam dari guru Kubang PASu.

Last changed: November 18, 1999