ReformIS

[ Contents | Post ]

PENAMAAN CALON PARLIMEN PERMATANG PAUH

From:
Date: 18 Nov 1999
Time: 22:36:33

Comments

PENAMAAN CALON PARLIMEN PERMATANG PAUH

PERMATANG PAUH 19 NOV-Satu perhimpunan mengiringi penamaan calon yang akan diadakan di Maktab Perguan Tuanku Bainon akan di adakan esok sesudah subuh dan solat hajat di Masjid Mengkuang Semarak. Semua pendokong Reformasi dan BA khasnya hendaklah berkumpul awal dengan menunaikan solat subuh dan solat hajat bersama sebelum beramai-ramai mengiringi calon BA ke tempat penamaan calon.

Turut bersama ialah DSWA sebagai calon Parlimen Permatang Pauh, Hamdan Abdul Rahman sebagai calon ADUN Penanti,Pesuruhjaya PAS Negeri Hamdan Taha,dan Peguam Khairuddin sebagai calon Seberang Jaya.

Semua hendaklah berdisiplin dan sememangnya penyokong BA mementingkan kedamaian dan berdisiplin berbanding UMNO yang terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja.

Satu perkara yang perlu diingatkan kepada semua pengundi bahawa jika anda melihat ada pergaduhan,maka jangan sekali-kali anda cuba meleraikannya,kerana ini akan menyebabkab anda terjebak dalam perangkap.

Apa yang berlaku berdekatan Bukit Mertajam khasnya di kampung Machang Bubuk, dimana sekumpulan anak muda belasan tahun telah diupah bagi memasang bendera dacing(kati berkarat bangdhad),dengan dijanjikan upah,namun setelah selesai memasang ,duit upah tidak diberikan dengan alasan belum 'sampai' dan terpaksa menunggu selepas pilihanraya.

Disebabkan marah dengan janji UMNO berbanding janji MCA(taukeh bagi duit barangkali) , maka budak-budak sekolah yang marah ini , kerana tiada upah, telah memanjat dan menurunkan semula bendera kati dan membakarnya ditepi jalan.Kebetulan polis lalu dan menahan mereka, dan ilepaskan selepas jawapan yang diberikan ,"Duit tak dak,nak cari makan,ambil upah,tapi UMNO tak bagi duit kat kami".

Last changed: November 18, 1999