ReformIS

[ Contents | Post ]

PAKATAN PEMBANGKANG KEMUKAKAN RAMAI MUKA BARU DI PERLIS

From:
Date: 18 Nov 1999
Time: 22:17:11

Comments

PAKATAN PEMBANGKANG KEMUKAKAN RAMAI MUKA BARU DI PERLIS

KANGAR, 19 Nov (Bernama) -- Tokoh ulama, Datuk Harun Din adalah antara 15 orang yang dicalonkan untuk bertanding mewakili pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Barisan Alternatif bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis.

Harun yang juga salah seorang anggota jawatankuasa PAS pusat mengumumkan senarai itu yang terdiri daripada 12 calon parti PAS dan tiga calon daripada parti Keadilan di Jejawi dekat sini, lewat malam tadi.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan di mana beliau dan calon-calon lain akan bertanding.

Selain Harun, turut dicalonkan ialah Prof Dr Che Rosli Che Mud, seorang pakar dalam bidang sains nuklear.

Sementara itu, setiausaha agung Keadilan, Mohd Anwar Tahir dicalonkan bagi kerusi Parlimen bersama dua lagi tokoh PAS iaitu Dr Aziz Hanapi dan Zainal Abidin Yahya.

Perlis mempunyai 15 kawasan DUN dan tiga kawasan Parlimen.

Senarai penuh calon pakatan pembangkang bagi kawasan DUN ialah

1. Haji Hashim Jasin (PAS)

2. Haji Abdul Rahman Rejab (PAS)

3. Swandi Yaakob (PAS)

4. Zulkarnain Abidin (PAS)

5. Abdul Zakaria (PAS)

6. Fisol Abdul Rahman (PAS)

7. Mej (B) Nazamudin Mohd Nor (PAS)

8. Haji Marzuki Osman (PAS)

9. Zulmie Sobri (PAS)

10.Haji Ahmad Ali (PAS)

11.Prof Dr Che Rosli Che Mud (PAS)

12.Datuk Dr Harun Din (PAS)

13.Wan Kharizal Wan Khazim (Keadilan)

14.Koh Choo Lean (Keadilan)

15.Ibrahim Said (Keadilan)

Kawasan Parlimen

1. Dr Aziz Hanapi (PAS)

2. Zainol Abidin Yahya (PAS)

3. Mohd Anwar Tahir (Keadilan)

-- BERNAMA

Last changed: November 18, 1999