ReformIS

[ Contents | Post ]

Debar si Ghani Othman!

From:
Date: 18 Nov 1999
Time: 22:15:40

Comments

Debar si Ghani Othman!

Dengar khabarnya Ghani Othman kecut perut sekarang! Maklumlah ada orang nak lawan tokeh! Dengar khabarnya pengarah Penerangan Negeri Johor apanama.... Endut ke apa kalau tak silap berada dalam ranking calon BN Kawasan Ledang! Kalau betul habislah Ghani... apa taknya kan ke pegawai dan pembantu penerangan hatta pembantu luar (barua UMNO) yang jadi tukang kempen UMNO/BN berada di bawah kawalan Pengarah Penerangan. Lagipun dari risik-risik unit saraf penerangan@ UMNO, orang Ledangpun bukannya suka sangat kat Ghani??? Apanama???? Samsuri??? Zubairi???Suhairi??? begitu lah bunyinya memang dari dulu dah melobi dan berkonspirasi nak "pancung" Ghani! Khabarnya Ghani ni marah sungguh kunun ni kerja orang-orang Tok Mat... Lah apa lah UMNO ni tak habis-habis berkhianat dan bercakaran sesama sendiri! agaknya khianat, dengki dan konspirasi dah sebati benar dalam UMNO ni!

Itu cerita Pengarah Penerangan dengan Ghani.. Penolong Pengarah Penerangan yang selalu menang hadiah novel percintaan remaja tu... apanama???? yang orang panggil Encik Gun tu khabarnya dalam ranking ketiga calon bagi kawasan Tebrau! Inipun akibat percakaran dan perebutan dalam UMNO jugak! calon dalam ranking pertama dan kedua khabarnya bermusuhan... kalau no 1 dapat no 2 baran, kalau no 2 dapat no 1 pulak baran.. nampak gaya ada rezekilah En Gun kita tu..... tu pun kalau menang! Kalau dah jadi YB tu harap-harap En. Gun janganlah dok habiskan masa karang novel cinta aje yek..... buatlah pulak novel satira pasal politik yang dikotorkan oleh UMNO dan BN ni! Barulah boleh tanding Prof Shahnon.. untung-untung royaltipun lagi tinggi!

Akhirnya....nak pinjam kata-kata pelakon UNDER ONE ROOF (TCS5) ... The moral of the story is........ 1. Pengerusi/AJK bahagian UMNO kat Johor tak de kualiti.... sebab tu terpaksa impot pegawai kerajaan untuk dikemukakan sebagai calon! KSU sila ambil tindakan kalau dia orang ni langgar peraturan perkhidmatan awam .Mana tau kot-kot mereka jadi AJK UMNO cawangan atau bahagian...salah tu......

2. Ahli dan pemimpin UMNO tak ada kerja lain tapi asyik bercakaran sama sendiri untuk membesarkan tembolok masing-masing! Kalu macam ni ada ke masa untuk membela agama, bangsa dan negara???

3. UMNO dah rosak dari akar umbi sampai ke pucuk. Macam pokok mempelam kalau dah kena penyakit dari pangkal dan akar, buah yang dihasilkan pasti busuk dan berulat!

4. KESIMPULAN: Usah Undi UMNO/BN kalau taknak hidup kita dan anak cucu kita sengsara di masa hadapan! Jangan beri Mandat untuk UMNO merompak hasil mahsul negara yang merupakan hak rakyat! Kalau nak bagi mandat jugak pada BN jangan lak merayu-rayu derma dari orang ramai kalau nanti tak mampu nak bayar kos perubatan dan pelajaran anak. Masa tu jangan menyesal lagi akibat kebodohan dan kebebalan diri sendiri!

Sekian. Pegawai Kerajaan Kumpulan A

Last changed: November 18, 1999