ReformIS

[ Contents | Post ]

News From The Battle Front

From:
Date: 18 Nov 1999
Time: 21:49:45

Comments

News From The Battle Front Assalamualaikum

Berikut adalah beberapa maklumat terbaru diterima dan beberapa cadangan penting untuk Barisan Keadilan dan PAS terutamanya :

a. Kedudukan Menteri2 BN : - Mat Isa N9 akan ditukarkan ke Pusat - Mahyuddin Yasin sah digugurkan - Affifudin Omar sah digugurkan - Rafidah Aziz mahu ditukarkan ke kawasan selamat seperti Wangsa Maju - Fauzi Rahman(Kuantan) sah digugurkan - Mohd Sarit Jusoh (Temerloh) sah digugurkan - Hj Hassan Arifin (Pahang) sah digugurkan - Sanusi sah tidak dicalunkan sebagai MB - Shahidan sah digugurkan

b. Pihak penerbit majalah Detik, Tamaddun dan lain-lain lagi perlu menyumbangkan kesemua keluaran yang tak terjual kepada Barisan Alternatif secara percuma. Pada masa kini, kebanyakkan DUN2 memerlukan bahan2 tersebut. Sebagai contoh, satu kawasan saya lawati, hanya mempunyai 10helai bendera dan master copies artikel. Mereka tidak mempunyai tabung wang ringgit untuk membeli keperluan pilihanraya dan mencetak artikel. SILA AMBIL BERAT PERKARA INI.

c. Pihak perseorangan dan syarikat perlu turun ke padang. Banyak kawasan DUN tidak Mempunyai cukup wang ringgit untuk membeli bendera, mencetak artikel dan sebagainya. SILA AMBIL BERAT PERKARA INI. SILA HUBUNGI PEJABAT ALTERNATIF KAWASAN ANDA ATAU UNIT UPU BAGI MEMBUAT SUMBANGAN ANDA.

d. 6 negeri SAH akan jatuh kepada Alternatif : - Pulau Pinang DAP - Perak Keadilan dan DAP - Perlis, Kelantan, Kedah dan Terengganu PAS Maklumat di atas adalah maklumat unit perang saraf UMNO sendiri.

e. Pekerja Barisan Alternatif perlu bekerja kuat lagi di Pahang dan Selangor kerana di kedua negeri ini Alternatif mempunyai peluang untuk menang.

f. Bagi yang akan mengundi - SILA SEMAK NAMA ANDA SEKARANG DAN SEHARI SEBELUM MENGUNDI DI KAUNTER SEMAKAN BARISAN ALTERNATIF (BILIK GERAKAN PILIHANRAYA KAWASAN). Pernah terjadi seorang pengundi telah ditukar tempat mengundi ke kawasan yang jauh sehari sebelum hari mengundi.

Sekian. Wassalam

OSAMA LADEN

Last changed: November 18, 1999