ReformIS

[ Contents | Post ]

UMNO EKSPLOITASIKAN TABUNG USAHAWAN KECIL

From:
Date: 18 Nov 1999
Time: 21:32:39

Comments

UMNO EKSPLOITASIKAN TABUNG USAHAWAN KECIL

Semakin dekat pilihanraya , kita di dedahkan dengan kenyataan – kenyataan pihak BN supaya menjalankan kempen dengan jujur, harmoni dan sebagainya Namun, 2 atau 3 hari lepas saya amat terkejut sekali selepas melihat satu ‘banner’ yang tergantung ditengah-tengah bandar Kota Tinggi, Johor. Bannner tersebut berbunyi demikian

DAPATKAN BANTUAN TABUNG USAHAWAN KECIL ( TUK ) JUMLAH PINJAMAN : RM20,000 – RM50,000 DI : BILIK GERAKAN UMNO, KG. MAKAM, KOTA TINGGI TARIKH : 19/11/99

Aneh sungguh, bukankah TUK adalah bantuan dari pihak kerajaan . Disini seolah-olah TUK telah dieksploitasikan oleh golongan UMNO yang terkenal dengan muka tembok ini. Mengapa harus mengadap UMNO dan kenapa pula bantuan ini ada bila dah hampir sangat dengan pilihanraya????.

Saya bukannya arif dengan polisi ekonomi kerajaan termasuk dari segi prosedur pengagihan bantuan dan sebagainya namun apa yang terpapar di ‘banner’ tersebut amat meragukan. Adakah kuasa memberi bantuan TUK di bawah UMNO ataupun kerajaan. Tapi jika benar UMNO Kota Tinggi iaitu kawasan Syed Hamid Albar menyalahgunakan polisi ekonomi seperti ini, maka bagi saya ini adalah penyelewengan yang sungguh hina dan tak bermaruah. Satu tindakan tegas harus diambil.

Saya berharap sesiapa yang arif dalam hal penagihan bantuan TUK dapat memberi penjelasan lebih lanjut. Dan jika terbukti ada penyelewengan mereka yang terbabit patut di siasat. Bagi sesiapa yang mahu lebih pasti , silalah ke Kota Tinggi dan anda akan nampak banner itu di 2 tempat. Satu di tengah bandar dekat traffic light dan satu lagi di simpang masuk ke Kg. Makam.

DOKTOR ISLAH

Last changed: November 18, 1999