ReformIS

[ Contents | Post ]

AFFIFUDDIN NAFI SPEKULASI TANDING ATAS TIKET KEADILAN

From:
Date: 18 Nov 1999
Time: 21:25:55

Comments

AFFIFUDDIN NAFI SPEKULASI TANDING ATAS TIKET KEADILAN

ALOR SETAR, 18 Nov (Bernama) -- Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr Affifuddin Omar sekali lagi menafikan spekulasi kononnya beliau menyertai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan akan bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum ini.

Ketika dihubungi hari ini beliau berkata spekulasi itu dibuat oleh musuh politik yang berniat tidak baik terhadap beliau.

"Saya sama-sekali tidak akan mengkhianati perjuangan UMNO dengan menyertai parti lain," kata anggota Parlimen Padang Terap itu.

Affifuddin adalah antara beberapa nama yang disebut-sebut akan digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya ke-10 ini.

Beliau enggan mengulas lanjut semasa ditanya tentang spekulasi beliau tidak dicalonkan BN itu.

Bagaimanapun Affifuddin berkata sekiranya betul beliau tidak lagi dicalonkan menjadi wakil rakyat, beliau tetap akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon BN.

-- BERNAMA

Last changed: November 18, 1999