From:
Date: 18 Nov 1999
Time: 21:22:06
HARI PENGUNDIAN DIISYTIHAR CUTI UMUM
PUTRAJAYA, 18 Nov (Bernama) -- Hari pengundian bagi pilihan raya umum pada Nov 29 ini akan diisytiharkan sebagai cuti umum, Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan hari ini.
Beliau memberitahu sekumpulan editor di pejabatnya di sini bahawa beliau sudah menandatangani perintah kerajaan untuk mengisytiharkan hari itu sebagai cuti umum dan ia akan diwartakan.
Beliau berkata langkah itu bertujuan membolehkan seberapa banyak orang pergi mengundi terutama mereka yang bekerja jauh dari kawasan tempat mereka mengundi.
-- BERNAMA