ReformIS

[ Contents | Post ]

Tindakan ini tidak memeranjatkan

From:
Date: 15 Dec 1999
Time: 10:42:10

Comments

Majlis perundingan Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh Malaysia dengan sebulat suara menolak kutipan kharaj daripada yang Bukan Islam di Terengganu.

Presiden Majlis itu A. Vaithilingam berkata, keputusan itu dibuat oleh mesyuarat jawatankuasa eksekutif majlis itu dalam mesyuaratnya semalam.

"Memperkenalkan bentuk cukai berbeza berdasarkan agama adalah tidak adil, mendiskriminasi dan tidak boleh diterima langsung," katanya.

Beliau berkata, sebarang perbuatan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi melaksanakan undang-undang Syariah, Hudud ataupun kutipan cukai daripada bukan Islam dibantah sekeras-kerasnya oleh majlis itu.

Kerajaan Negeri pimpinan PAS telah mencadangkan kutipan kharaj daripada penduduk bukan Islam di negeri itu sebagai ganti kepada cukai tanah.

Menteri Besar Terengganu Abdul Hadi Awang sebelum ini telah memberi jaminan yang kutipan kharaj itu bukan skim cukai berganda.

+ Kita melihat tindakan majlis ini tidak memeranjatkan kita kerana mereka bukan berugama Islam dan tidak mendapat kefahaman dari kerajaan Terengganu. Yang kita pelikkan adalah orang Islam khususnya dalam UMNO yang pertikaikan kharaj. Ini yang tidak kena.

Last changed: December 15, 1999