ReformIS

[ Contents | Post ]

Sanusi Merancang Dinasti Politik Di Kedah

From:
Date: 15 Dec 1999
Time: 10:38:22

Comments

Sanusi Merancang Dinasti Politik Di Kedah

ADUN Kuah, Sanusi Junid, masih meneruskan rancangan muslihat untuk menguasai politik UMNO walaupun sudah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Sanusi, 56 tahun, dijangka meletak jawatan sebagai ADUN Kuah pada tahun hadapan untuk memberi laluan kepada anak sulungnya, Arqam Shah Sanusi, menjadi calon Barisan Nasional di sana.

Sanusi telahpun mengarahkan Arqam Shah, 25 tahun, untuk meletakkan jawatan sebagai eksekutif sebuah syarikat kejuruteraan di Australia.

Selama ini, anaknya menguruskan perniagaan keluarga Sanusi di Australia, selain menghuni sebuah banglo lapan bilik kepunyaan Sanusi di Brisbane, Australia.

Sanusi merancang bahawa anak sulungnya akan menguasai UMNO Kedah yang semakin lumpuh akibat perseteruan antara kem Sanusi, kem Menteri Besar baru Syed Razak Barakbah, kem bekas Menteri Besar Osman Aroff dan kem ADUN Jitra Othman Ishak yang berhajat menjadi Menteri Besar.

Oleh kerana Sanusi sudah tidak popular dan dipertanggungjawabkan terhadap kekalahan UMNO di lapan kawasan parlimen Kedah, dia bercadang untuk memerintah secara proksi melalui anaknya.

Sanusi yang mendirikan rumahtangga dengan seorang warganegara Indonesia, Inangda Manyam Keumala Daud, mempunyai tujuh orang anak. Sementara anak sulungnya dijuruskan kepada politik, anak-anaknya lain dilantik menjadi pengarah 16 syarikat yang didaftar dalam dan luar negara.

Difahamkan, aktiviti rasuah dan salah guna kuasa oleh Sanusi telah membawa hasil kepada 16 syarikat ini hinggakan beberapa laporan dibuat kepada pemimpin PAS Kedah untuk segera membongkar aktiviti haram ini.

Walaupun laporan polis telah dibuat oleh YB Mahfudz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena (PAS) namun pihak BPR masih enggan menyiasat aktiviti rasuah bekas Menteri Besar itu.

Last changed: December 15, 1999