ReformIS

[ Contents | Post ]

Sambutan Alaf Baru dan Lailatul-Qadr

From:
Date: 15 Dec 1999
Time: 09:26:53

Comments

Sambutan Alaf Baru dan Lailatul-Qadr

Asslamualaikum,

Dalam keghairahan kita bercakap mengenai alaf baru [the new millennium], terutama di Malaysia, di mana setiap pemimpin, cendiakawan, ahli politik dan mediamassa sentiasa menyebut mengenai alaf baru pentadbiran alaf baru, pemikiran alaf baru, wanita alaf baru, pendidikan alaf baru bahkan ada yang sampai Islam alaf baru (subhanAllah) bahkan semua mesti baru, sehingga ia lebih menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada pakcik makcik di kampung bila mendengar alaf baru - sehingga ada yang bertanya perlukah ditukar jam di dinding, cerek di dapor, dapor gas dan berbagai lagi.

Berbanding dengan negara yang lebih maju mereka lebih bimbang kepada kesan kepada ekonomi dan busines kerana pergantungan hampir secara total kepada komputer dan kesan tarikh yang di sebut 'the millennium bug' terhadap urusniaga, pentadbiran, pengurusan dan busines mereka, jarang sekali mereka menyebut mengenai perubahan minda, sikap dan individu dalam menghadapi 'the new millennium'

Sama-samalah kita fikirkan di mana silapnya kita dalam mengintepretasikan dan presepsi kita mengenai 'the new millennium'. Apakah kita benar-benar faham mengenai apa itu alaf baru - apakah harapan kita atau perbezaan ketara yang dijangka apabila kita memasuki jam 00.00.01 saat pada 1hb.Januari 2000. Bagi Pakcik ia merupakan langkah dan detik yang sama pada 00.00.01 saat pada 1hb.Januari 1999 lalu. Tetapi yang mungkin berbeza ialah kerana keghairahan yang keterlaluan disebab 'the new millennium' diwar-warkan begitu hebat sekali oleh semua peringkat dari Pemimpin, Ahli Politik, Cendiakawan dan mediamassa, para belia dan 'new year revellers' akan melakukannya dengan sedikit kelainan dan mungkin keterlaluan yang tidak dapat dinafikan arak, dadah, sex dan noda akan bertambah-tambah dan ramailah dara-dara akan kehilangan dara dalam malam 'the new millennium'.

Pakcik hanya dapat berdoa dan memohon belas kesihan Allah semoga kita dan keluarga kita tidak tergulung dalam gulungan ini.

Pakcik ingin menarik perhatian saudara-suadara Pakcik - bahawa perayaan sambutan tahun baru lebih merupakan sambutan orang-orang Kristian terhadap wujudnya Kristian (Kelahiran / Kematian Nabi Isa a.s) dan apakah kita sebagai seorang Muslim patut bersama-sama merayakan perayaan ini yang lebih ditekankan daripada sambutan Maal Hijrah? - TIDAK SAMASEKALI - Pada tahun ini genaplah 2000 tahun kewujudan Kristian dan sambutan tiga hari oleh ratusan ribu Kristian di Bukit Jalil (dijangka pada 11-13 Disember 1999) adalah sebagai permulaan sambutan yang lebih meriah pada 31-12-1999.

Berbagai rancangan dan program menarik telah disediakan oleh bebagai pihak termasuk media elktronik (RTM, TV3,NTV7 dan lain-lain) dan Pakcik yakin tidak sedikit dari kita yang telah pun membuat perancangan rapi menyambut 'the new millennium' sehingga mungkin ada yang sanggup meninggalkan surau dan masjid, memendekan tarawih cuma untuk menyertai kegirangan dan keriangan sambutan 'the new millennium' yang memang menjadi agenda utama Zionist dan Yahudi untuk melalaikan ummah dari mendakati Allah dan memperkukuhkan keimanan terutama dalam bulan Ramadahn al-mubarak ini.

[Bukan niat untuk memusuhi atau membenci Kristian tetapi hanya untuk perbandingan kepada muslimim dan muslimat yang dikasihi mana lebih penting diantara kedua-dua perayaan itu)

Untuk mengelakan kita lebih lalai dan alpa dengan keghairahan sambutan 'the new millennium' ini Pakcik ingin mengingatkan diri Pakcik dan saudara-saudara yang Pakcik kasihi bahwa sambutan 'the new millennium' ini akan juga jatuh pada 23 Ramadhan 1420 iaitu salah satu malam dari sepuluh malam yang dijanjikan Allah sebagai malam Lailatul-Qadr dan tidaklah menjadi satu yang mustahil kiranya malam 'the new millennium' juga adalah malam Lailatul-Qadr, persoalannya dimanakah kita atau anak-anak kita atau saudara kita akan berada ketika itu? Dataran Merdeka, Disko, Stadium Bukit Jalil atau di tempat-tempat hiburan yang melalaikan tenggelam dengan buih arak dan gadis-gadis separuh bogel?

Malam seribu malam malam yang penuh dengan rahmat dan rahim Allah azzawajalla malam yang terlalu indah malam untuk beriktikaf, dimana dikurniakan kepada mereka yang beribadah pahala bersamaan ibadah selama 1000 malam (lebih dari 83 tahun), tidak mungkin seorang muslim yang berfikiran waras untuk melepaskan peluang kemasan ini hanya untuk berfoya-foya disatu malam jahan-nam.

Pakcik banyak terbaca mengenai berbagai-bagai ramalan gila yang dibuat oleh ramai pemikir barat dan orientalis dan pakar-pakar psikologi mengatakan sesuatu yang pelik akan berlaku setibanya tahun 2000.

Bagi Pakcik ramalan gila ini mungkin menjadi kenyataan dalam konteks masyarakat Islam Malaysia jika kita mengambil kira Lailatul-Qadr jatuh pada 23 Ramadhan1420 tahun ini - Allah menjanjikan bahawa akan ku tunaikan permohonan dan permintaan kamu pada malam Lailatul-Qadr dan andainya kita membiarkan keluarga dan saudara kita alpa dalam sambutan 'the new millennium' ini Pakcik yakin itulah yang akan kita terima kepelikan kehancuran dan kemusnahan ummah seperti yang diramalkan.

Fikirkanlah sendiri. Seruan ini bukanlah kerana kapandaian dan ke'aliman Pakcik hanya sebagai peringatan kepada diri Pakcik yang mudah tergoda ini dan saudara-saudara Pakcik supaya jangan teralpa dari merebut peluang Lailatul-Qadr dan mungkin inilah yang dikatakan Alaf Baru sebenar-benarnya. Jika berlaku seprti yang Pakcik katakan tadi [tidaklah menjadi satu yang mustahil kiranya malam itu adalah malam Lailatul-Qadr] apakah yang lebih baik kepada dari mendoakan kesejahteraan kita dan ummah supaya lebih berjaya dan cemerlang menjelang tahun 2000 pada malam itu.

Marilah kita bersama-sama berdoa dimalam 'the new millennium' dan kemungkinan juga malam Lailatul-Qadr (23 Ramadhan1420) semoga kita sentiasa dipelihara Allah dalam keadaan yang lebih baik berbanding 1999 yang penuh dengan fitnah maki-hamun caci-mencaci yang luka dan kesannya berterusan hingga alaf baru nanti.

Semoga kita akan lebih cintakan agama dan keimanan daripada kebendaan dan kemewahan, lebih perihatin terhadap cacian dan penghinaan kepada agama, rasul dan al-Quran oleh kufar-kufar yang nyata.

Semoga tidak pula timbul ulam-ulama yang akan melaungkan Islam Alaf Baru, Quran Alaf Baru, Hadis alaf Baru kerana dalam kebelakangan ini terlalu banyak fatwa pelik dikeluarkan oleh mereka yang betitle ulama demi kepentingan bebrapa kerat yang berkepentingan. Kita juga harus berdoa semoga tidak ada pemimpin-pemimpin Islam yang akan terlibat secara resmi atau tidak dalam merayakan sambutan 'the new millennium' smaada di dataran Merdeka, KLCC, Bukit Jalil atau mana-mana apa yang di takrifkan sebagai mercu tanda kemajuan dan kemegahan negara InsyaAllah.

Pakcik sudahi dengan salam sejahtera dan memohon maaf kerana yang benar itu dari Allah juga dan yang salah itu kerana kelemahan dan kejahilan saya.

Diucapkan 'Eid-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat. - Pakcik 15 Dis 99

Last changed: December 15, 1999