ReformIS

[ Contents | Post ]

SELANGOR BUMI SUBUR UNTUK BA

From:
Date: 14 Dec 1999
Time: 19:18:24

Comments

SELANGOR BUMI SUBUR UNTUK BA ROSLAN SMS

Dengan gelombang kebangkitan pengundi Melayu pada pilihanraya yang ke 10 lalu kita melihat negeri Selangor telah tidak terkecuali dari turut dipukul oleh arus deras perubahan tersebut. BA walaupun tidak memenangi negeri ini sebagaimana sahabat-sahabat kita di Kelantan dan Trengganu namun kehadiran mereka telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap rupa bentuk politik Selangor. 6 orang calon BA telah berjaya melangkah masuk ke Dewan Undangan Negeri Selangor iaitu:

1. Ustaz Dato’ Ismail Kamus (Gombak Setia - PAS) 2. Dato’ Dr. Hasan Mohd Ali (Sg. Burung – PAS) 3. Ustaz Sallehan Mukhyi (Sg. Besar – PAS) 4. Dr. Shafie Abu Bakar (Kajang – PAS) 5. Azmin Ali (Hulu Kelang – Keadilan) 6. Teng Chang Khim (Bandar Kelang – DAP)

Disamping itu calon-calon BA telah mampu menghakis sebilangan besar majoriti yang dimenangi oleh calon-calon BN pada pilihanraya lalu. Contohnya di 5 kerusi DUN BN cuma mampu menang dengan majoriti kurang dari 1,000 undi iaitu di Sabak (615), Sg. Panjang (165), Sg. Tua (449), Balakong (801) dan Sijangkang (464), kesemua kerusi-kerusi ini kecuali Balakong adalah kawasan majoriti Melayu belaka. Manakala di 2 kerusi Parlimen iaitu di Sabak Bernam dan Gombak BN cuma menang dengan majoriti 901 dan 803 undi setiap satu iaitu satu kemenangan yang amat tipis menurut “standard” negeri ini berbanding dimasa-masa lalu.

Hasil dari kebangkitan pengundi Melayu ini juga telah menyaksikan PAS Selangor mencipta sejarah dengan buat pertama kalinya berjaya menghantar wakil ke Dewan Undangan Negeri sejak merdeka malah besar kemungkinan calon PAS akan mengetuai anggota pembangkang pada kali ini. Pasti persidangan Dewan kali in akan bertambah panas dan sensasi!

Jelas Selangor bukan lagi merupakan kubu kuat bagi UMNO dan BN sebagaimana di dakwa dahulu. Sekiranya ahli-ahli BA berterusan bekerja dengan gigih, merapatkan saf kerjasama dan merancang gerak kerja tersusun secara bersama, tidak mustahil negeri Selangor juga akan tergolek jatuh ketangan BA. PAS, Keadilan, DAP dan PRM Selangor perlulah saling bantu-membantu dan mengelakkan diri dari sebarang krisis dan perselisihan, jika ini dapat dilakukan tahun 2004 kelak akan menjadi Tahun Menawan Selangor bagi BA.

Berdasarkan rekod DAP pernah memenangi beberapa kerusi di negeri ini termasuklah Damansara Utama dan Bukit Gasing serta parlimen Kelang dan Petaling Jaya Utara. Keadilan pula telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sungguhpun hanya memenagi 1 kerusi dalam cubaannya yang pertama. Sekiranya gerak kerja bersama dapat digarab dan dimantapkan, gelombang kebangkitan pengundi Melayu membakar berterusan, dan pengundi Cina serta India dapat diyakinkan agar memahami erti perjuangan BA yang sebenar, insyallah prospek mengecapi kejayaan di masa depan adalah cerah. Dalam Pilihanraya Umum yang ke 3 dahulu parti-parti pembangkang hampir berjaya menumbangkan UMNO-Perikatan apabila memenagi 13 dari 28 kerusi yang dipertandingkan, itu dahulu, kini dengan gabungan yang lebih bererti melalui BA ini pasti yang mustahil dapat dihasilkan.

Kita harus mengambil iktibar dari pengalaman sahabat-sahabat kita di Trengganu, ketika Pilihanraya Umum Ke 7 tahun 1986 dahulu PAS cuma menang 2 kerusi (lambang batu nisan kata Wan Mokhtar) iaitu di DUN Marang dan Wakaf Mempelam, namun 3 pilihanraya kemudian ataupun kira-kira 13 tahun jarak masa hasil latihan dan tarbiyah yang bertalu-talu, PAS kembali menerkam bagai harimau yang ganas dan berjaya membaham dan memamah UMNO dan BN yang dkatakan kukuh bagai batu itu!

Jika Trengganu boleh, Selangor juga boleh. Ayuh saudara-saudara jangan kita tangisi kekalahan yang lepas, bangun dan teruskan perjuangan, lawan tetap lawan sehingga menang insyallah.

Roslan_s@yahoo.com

Last changed: December 14, 1999