ReformIS

[ Contents | Post ]

Anak Ariffin Jaka Bongkar Pembohongan Ayahnya

From:
Date: 14 Dec 1999
Time: 03:21:05

Comments

Anak Ariffin Jaka Bongkar Pembohongan Ayahnya

MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 dimaklumkan oleh salah seorang anak hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ariffin Jaka bahawa ayahnya tidak pernah mengalami "sakit belakang", "sakit perut" atau "mana-mana sakit lain" yang menyebabkan perbicaraan bakal Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tertangguh.

Menurut anak Ariffin, seorang peguam, ayahnya "diarahkan" oleh Timbalan Menteri Pendidikan Senator Datuk Aziz Shamsuddin untuk menangguhkan perbicaraan sepanjang pilihanraya berlangsung.

Ariffin menerima arahan itu tiga hari sebelum Parlimen dibubarkan.

Menurut anak Ariffin, permohonan ayahnya untuk menghadiri kenduri kahwin di Kota Bharu ditolak kerana Aziz tidak mahu "rakyat syak-wasangka".

Aziz Shamsuddin juga dilaporkan melawat Ariffin di rumahnya untuk memberi arahan lanjut bagaimana mengendalikan kes tersebut.

Difahamkan, Anwar akan didapati bersalah dan dihukum penjara tiga tahun. (MRF)

Last changed: December 14, 1999