ReformIS

[ Contents | Post ]

Persidangan Parlimen:Siarkan Secara Langsung

From:
Date: 14 Dec 1999
Time: 03:18:49

Comments

Persidangan Parlimen:Siarkan Secara Langsung

Saya ingin menyokong pendapat AQ Khan di Laman Reformasi yang mahu persidangan parlimen disiarkan secara langsung di TV. Ini untuk membolehkan rakyat mengetahui tentang perjalanan dan suasana sidang parlimen, kredebiliti wakil rakyat dan keadilan Speaker Parlimen terhadap wakil rakyat pembangkang. Rakyat berhak untuk mengetahui bagaimana perbahasan sesuatu usul atau undang-undang diluluskan kerana semua perkara adalah melibatkan kepentingan rakyat.

Penyiaran secara langsung ini juga akan membantu mengurangkan jumlah YB yang sering ponteng dan tidur semasa persidangan. Ini juga akan membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap kredibilti dan kebolehan wakil rakyat yang diplilih; sama ada hanya menjadi pak angguk sahaja atau berani menyuarakan permasalahan terhadap sesuatu perkara / isuterutamanya yang melibatkan kepentingan rakyat di kawasan yang diwakili. Speaker Parlimen juga patut mengumumkan jumlah kehadiran MP pada permulaan sidang dan memaklum jumlah ketidakhadiran dari kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang.

Bagaimanapun, adalah sesuatu yang berani dan menakjubkan jika kerajaan MAHAFIRAUN sanggup menerima saranan rakyat untuk menyiarkan siaran secara langsung persidangan Dewan Rakyat/Parlimen. Jika siaran langsung betul-betul dibuat, maka saya akan tabik terhadap MAHAFIRAUN. Siaran langsung ini juga akan menyelelsaikan polemik yang berkisar hangat sebelum pilihanraya lalu apabila Ketua Pemuda Pas, Hj. Mahfuz Omar mencabar Pemangku Ketua Pemuda UMNO, Hishamuddin Aun untuk berdebat.

Maka, tidak perlulah kerajaan bersusah payah menjemput CNBC untuk membuat siaran langsung kerana liputan yang terhad. Lagipun, buat apa minta bantuan media asing seolah-olah rakyat Malaysia masih bodoh dan tidak mempunyai kepakaran. Rakyat juga amat teringin melihat kepetahan Hishamuddin menyusun kata dan berlawan hujah secara langsung dengan Hj. Mahfuz dan biarlah rakyat menilai hujah dan kredibiliti kedua wakil rakyat tersebut.

Penyiaran secara langsung juga akan membolehkan rakyat menilai gelaran "Pondan"/Sham Auw-auw yang diberikan oleh BA kepada Pemangku Ketua Pemuda UMNO. Kepada Hishamuddin, jika anda mahu gelaran tersebut dipadam dari ingatan rakyat atau mahu diiktiraf sebagai Panglima UMNO, baiknya Menteri Belia dan Sukan kita yang baru ini mendesak MAHAFIRAUN dan Khalil Yaakob bersetuju untuk menyiarkan persidangan parlimen secara langsung. - Dr. Kampung Kaum Muda

Last changed: December 14, 1999