ReformIS

[ Contents | Post ]

DAP JALANI PENYUSUNAN SEMULA

From:
Date: 14 Dec 1999
Time: 03:17:08

Comments

DAP JALANI PENYUSUNAN SEMULA

DAP akan menjalani penyusunan semula politik dan organisasi menyeluruh berikutan kekalahan teruknya dalam pilihan raya umum lepas.

Pengerusinya Lim Kit Siang hari ini berkata mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu Ahad lepas memutuskan bahawa DAP mesti belajar daripada pilihan raya umum 1999 dan menjalani penyusunan semula bagi "mencipta semula DAP bagi menghadapi pelbagai cabaran politik alaf baru dengan lebih baik".

Lim enggan mengulas lebih lanjut mengenai penyusunan semula itu sambil menyatakan bahawa ia sedang disediakan oleh setiausaha agung parti itu Kerk Kim Hock.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat parti itu di sini, beliau berkata pemimpin dan anggota DAP sedia bermula dari bawah untuk membina semula DAP.

Pada pilihan raya umum 1999, DAP memenangi 10 kerusi Parlimen dan 11 kerusi negeri walaupun bergabung dengan tiga parti pembangkang -- PAS, Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia.

Last changed: December 14, 1999