ReformIS

[ Contents | Post ]

Waad dipersoalkan....

From:
Date: 14 Dec 1999
Time: 02:11:28

Comments

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail keluar ketika upacara mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar dan Exco di Balai Kecil Istana Besar Seri Menanti hari ini kerana membantah pelantikan semula Adun Gemencheh, Datuk Waad Mansor, sebagai ahli Exco.

Ishak yang juga Ketua Umno Bahagian Seremban keluar pada jam 11.45 pagi sebaik saja nama Waad diumumkan untuk mengangkat sumpah sebagai ahli Exco.

Beliau yang duduk di barisan tengah, bangun dan keluar selepas tunduk hormat kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaa'far.

+ Seperti yang disebutkan kelmarin, perlantikan Waad memang wajar dipertikaikan. Inilah keadaan kepimpinan di negara kita.

Last changed: December 14, 1999