ReformIS

[ Contents | Post ]

MB Pahang Mula Gila Kuasa

From:
Date: 13 Dec 1999
Time: 01:32:56

Comments

MB Pahang Mula Gila Kuasa

Siapa sangka MB Pahang kita yang baru sudah berani menunjukkan kurang ajarnya kepada Exco Negeri sendiri? Baru dilantik MB, sudah tunjuk taring, kononnya hebat dan cekap dan tegas.

Ini pasti dijangkiti penyakit kediktatoran yang berpunca daripada MAHAFIRAUN sendiri. Apabila Adnan Yaakob melihat MAHAFIRAUN sendiri menggugurkan menteri-menteri sesuka hati, maka dia sudahpun merasakan dirinya sudah cukup hebat dan 'terror' untuk ikut serta.

Adnan Yaakob haruslah sedar sikit bahawa dia tu baru masuk jawatan, janganlah bersikap kurang ajar dan berlagak pula. Dia berani memberi tempoh enam bulan sehingga seminggu untuk Exconya bertindak, tetapi beranikah dia untuk menetapkan syarat yang sama untuk dirinya sendiri?

Mampukah Adnan Yaakob memberi prestasi yang baik kepada rakyat Pahang dalam masa enam bulan sehingga setahun ini? Kalau betul-betul berani, makan nilailah diri anda dengan syarat yang sama seperti Exco.

Kalau masih terlalu banyak penyelewengan dan rasuah dalam pentadbiran negeri Pahang, Adnan harus berundur secara sukarela tanpa perlu sampai rakyat meminta-minta lagi.

Janganlah ikut resmi MAHAFIRAUN yang cukup degil dan angkuh dan sudah menganggap dirinya maksum. Kamu semua manusia, jadi janganlah ingat kuasa kamu melebihi tuhan.

Tuhan hari ini murahkan rezeki Adnan dan MAHAFIRAUN membiarkan mereka dalam kedudukan dan pangkat yang penuh dengan kuasa dan kemudahan serta kemewahan. Tetapi esok lusa, siapa tahu, semua ini akan ditarik balik tanpa sebarang amaran.

Lihatlah apa yang terjadi kepada MB-MB yang lain. Malah di Kedah sendiri, MAHAFIRAUN bertindak sewenang-wenangnya menukar MB mengikut sesedap hati. Dahulunya Osman Aroff yang memang terkenal dengan rasuahnya yang berjuta-juta ditukarkan dengan tiba-tiba dengan Sanusi. Hari ini lihatlah nasib Sanusi ke mana. Silap-silap Adnan, anda mungkin mengikut jalan yang sama!

Kuantan Tanahairku

Last changed: December 13, 1999