ReformIS

[ Contents | Post ]

Kalau Sudah SPR Terus Menerus Menipu, Apakah Yang Wajib Kita Lakukan?

From:
Date: 13 Dec 1999
Time: 01:31:00

Comments

Kalau Sudah SPR Terus Menerus Menipu, Apakah Yang Wajib Kita Lakukan?

Saya tertarik untuk mengulas artikel Sdra. Fathi Aris (FA) 'Apa Akan Jadi Tahun 2000-2004' yang bagi saya cukup penting untuk dijadikan asas perbincangan kearah mencari penyelesaian berkekalan mengekang penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh SPR pada setiap kali menjelangnya pilihanraya umum.

Saya turut hairan bagaimana penentangan kita keatas kelakuan buruk SPR mempertahankan kezaliman BN dengan cara manipulasi kertas undi dan pengujudan pengundi-pengundi hantu hanya sekadar berbentuk protes, teguran, pertemuan/dailog, dan tidak lebih dari itu. Sepatutnya tindakan lebih agresif harus diambil bagi mempastikan SPR tidak berani melakukan kesemua strategi kotor mereka yang menjadi pengetahuan umum sekarang!! Benar kata-kata FA yang SPR akan memanipulasi 'persempadanan semula' pada tahun 2004 bagi kepentingan BN.

Inilah yang berlaku keatas Parti PBS apabila sempadan baru diwujudkan pada 1995 dimana sebahagian besar pengundi disesuatu kawasan akan turut dipindahkan mengikut sempadan baru yang dirangka dengan begitu licik sekali oleh SPR untuk kepentingan pemerintah zalim BN. Pada peringkat awal sebelum persempadanan semula dirangka, terdapat kekuatan sama rata antara 2 kaum terbesar di Sabah iaitu 20 kerusi milik Kadazan (non-Muslim) dan 20 kerusi milik Bumiputera Muslim sementara kaum Cina memiliki 8 kerusi yang selalunya ditakrifkan sebagai 'kingmaker'. Akhirnya PBS kalah melalui manipulasi SPR ini kerana dengan persempadanan semula ini, kerusi Bumi Muslim telah mencapai 28......dan kekalahan itu pula turut disumbangkan dengan kewujudan pengundi-pengundi hantu yang diangkut dengan bas-bas yang disediakan oleh BN dimana setiap pengundi-pengundi hantu ini turut diberikan ganjaran wang sebanyak RM50.00 tiap seorang. Pengundi-pengundi hantu ini selalunya diperolehi dari kalangan orang-orang Filipina yang terdapat dengan banyaknya dikawasan-kawasan setinggan seluruh Sabah dan kad-kad pengenalan sementara (temporary receipt 1/9) mereka diuruskan oleh sebuah badan petugas 'Task Force' yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur.

Pada pilihanraya 29.11.1999 baru lalu, pengundi-pengundi hantu ini diambil dari kem tahanan sementara dari seluruh Sabah dan mereka diberi kad-kad pengenalan sementara untuk mengundi. Saya selaku calon PAS P.150 Gaya hanya dapat melihat dengan mata sendiri bersama rakan-rakan yang lain bagaimana pengundi-pengundi hantu ini mengundi dengan dikawal ketat oleh Siput-Siput Babi, siap dengan walkie-talkie!!

Terlalu banyak penipuan, manipulasi dan strategi kotor yang dilakukan oleh SPR yang turut disekongkoli oleh Ibu Pejabat UMNO,Kuala Lumpur, dalam konteks pendaftaran pengundi-pengundi baru. KEMAS tidak kurang hebatnya dalam menjalankan strategi kotor ini dimana pengundi-pengundi baru yang tidak dapat mendaftar sewaktu tempoh pendaftaran dibuka, masih boleh didaftarkan dengan bantuan KEMAS. Pegawai KEMAS juga akan menggugurkan nama-nama pengundi baru yang disyaki sebagai penyokong pembangkang. Mereka juga yang menukarkan nama-nama pengundi kekawasan-kawasan yang jauh dari tempat mengundi tanpa disedari oleh para pengundi yang teraniaya ini. Maksud saya perbuatan mereka (KEMAS) ini mempunyai hubungkait dengan SPR.

Cukup dengan pendedahan dan segala bukti yang dibentangkan dihadapan kita tentang penipuan dan manipulasi SPR ini. Lantas apa yang harus kita lakukan bagi menghentikan semua ini? FA tidak memberi alternatif yang konkrit. Kalaulah saya dapat andaikan SPR ini sebagai sebuah pokok kayu Ara yang berpuaka yang menjadi sembahan setiap manusia pada setiap kali mereka melaluinya, maka adalah menjadi kewajipan kita untuk mendakwahkan kepada mereka supaya tidak menyembah pokok Ara yang boleh membawa kepada perbuatan syirik- satu-satunya dosa yang tidak diampunkan oleh Allah. Masalahnya sekarang....manusia-manusia masih terus menyembah pokok tersebut kerana bimbang ia akan menimpakan sesuatu musibah keatas mereka (jika tidak disembah).

Oleh itu...saya berkeyakinan bahawa penyelesaian mutlak yang perlu dan wajar diambil ialah dengan memotong pokok Ara tersebut dan membakarnya sehingga menjadi abu!! Bagaimana?? Anda semua sudah bersedia?? Saya, insya'Allah, sudah lama memikirkan perkara ini dan telah bersedia menghadapi sebarang risiko!!! Memetik kata-kata keramat Anwar Ibrahim, 'kalau takut dengan risiko...jangan bicara soal perjuangan!!!' UMNO/BN MENANG JUDI, KITA MENANG JIHAD, MEREKA MAKAN HASIL JUDI, PERJUANGAN KITA MENDAPAT BERKAT!! ALLAH-U-AKBAR!!!

HAMZAH HJ. ABDULLAH

Last changed: December 13, 1999