ReformIS

[ Contents | Post ]

Berita Dari Permatang Pauh

From:
Date: 13 Dec 1999
Time: 01:29:13

Comments

Berita Dari Permatang Pauh

Permatang Pauh 12 Dis- Bersempena dengan bulan Ramadhan ini YB Kak Wan Azizah telah mengadakan beberapa program bermasyarakat di seluruh Permatang Pauh dengan melakukan sembahyang taraweh berjemaah .

Ini dilakukan demi menunaikan tanggungjawab bersama agar apa yang dikotakan akan dilaksanakan dengan merapatkan hubungan siratulrahim antara pemimpin dengan yang dipimpin semoga dengan cara ini ianya bukan sahaja akan menyuburkan semangat cintakan kehidupan bermasyarakat , malah akan dapat melaksana tuntutan agama sebagaimana yang disyariatkan.

Tidak seperti pemimpin UMNO , muka pun tidak kelihatan di bulan ramadhan ini malah sibuk bertelagah bagi merebut tempat dalam pemilihan peringkat bahagian bagi melaksanakan agenda penting pada bulan Jun yang akan datang dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO nanti. Kesibukan memanjang ini sehinggakan tidak ada masa dan kelapangan bagi mendekatkan diri dengan masyarakat malahan sentiasa sibuk dalam menjalankan wawasan bagi menguntungkan diri sendiri.

Sehubungan dengan itu juga satu ceramah telah diadakan dimana tetamu jemputan ialah YB Hj Mahfuz Omar, YB Hamdan Taha, YB Kak Wan Azizah diadakan di pekan Permatang Pauh pada malam semalam.

Last changed: December 13, 1999