ReformIS

[ Contents | Post ]

MAHAFIRAUN Patut Dahului Isytihar Harta

From:
Date: 13 Dec 1999
Time: 01:27:16

Comments

MAHAFIRAUN Patut Dahului Isytihar Harta

Jemaah Menteri (Kabinet) MAHAFIRAUN telahpun diumumkan semalam. Memang terdapat muka-muka baru dan terdapat juga muka-muka lama. Kepada yang digugurkan; Sulaiman Daud dan Zaleha Ismail, usah bersedih gundah-gulana, jangan menangis tak berlagu. Banyakkan amal ibadat pada bulan Ramadhan dan taubatlah jika ada membuat kesalahan dan kesilapan pada rakyat. Untuk muka baru pula, jangan fikir cuba mengeksploitasi kedudukan untuk kumpul harta.

Kepada Kabinet baru, terutamanya MAHAFIRAUN dan Daim, Rafidah, Liong Sik, Kheng Yaek dan Samy Vellu, rakyat ingin mencabar YAB dan YB kabinet semua untuk membuat "PENGISYTIHARAN HARTA" kepada rakyat melalui Parlimen.

Senaraikan semua harta-benda yang kamu miliki, isteri dan anak-pinak kamu serta kepentingan yang dimiliki. Rakyat ingin tahu benar berapa jumlah kekakyaan diri dan keluarga Menteri kabinet ini yang sedang dimiliki. Jika kamu jujur dan amanah, tidak ada yang harus ditakuti untuk membuat pengisytiharan selagi sumber yang diperolehi adalah sah dan jumlah yang dimiliki adalah munasabah.

Tetapi, jika Menteri kabinet ini tidak berani membuat pengisytiharan, rakyat berpendapat bahawa benarlah Menteri Kabinet terutama MAHAFIRAUN dan Daim telah mengaut kekayaan negara.

Pengisytiharan ini bukanlah dibuat kepada MAHAFIRAUN sahaja tetapi kepada Parlimen dan akhbar agar rakyat mendapat maklumat yang jelas tentang harta milik menteri kabinet.

Jika MAHAFIRAUN dan menteri kabinet mendakwa pihak pembangkang membuat dakwaan palsu, buktikanlah. Jangan hanya bercakap kosong kerana kalian tidak akan dihormati dengan berbuat begitu. Rakyat berhak mengetahui kekayaan yang kalian miliki kerana Jemaah Menteri adalah dipilih oleh rakyat dan memegang amanah rakyat untuk mentadbir kerajaan. Rakyat akan tunggu sama ada MAHAFIRAUN dan jemaah menterinya berani membuat pengsiytiharan harta tersebut atau memang benarlah seperti yang dituduh kalian mencuri harta rakyat dan negara.

Rakyat Setinggarden

Last changed: December 13, 1999