ReformIS

[ Contents | Post ]

PERINGATAN UNTUK AZIZ SHAMSUDDIN

From:
Date: 13 Dec 1999
Time: 01:18:06

Comments

PERINGATAN UNTUK AZIZ SHAMSUDDIN

Kecelakaan jalan raya yang menimpa Dato'Aziz Shamsuddin, Bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri dan Bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan [ misi pilihanraya ], merangkap Timbalan Menteri Pendidikan [ misi penting "mission imposible " post pilihanraya - menjaga, mengawal dan menyelia guru - guru yang terlibat dalam gerakan Reformasi dan Barisan Alternatif ] merupakan salah satu daripada perkara berikut ;-

- Qada dan Qadar - Takdir - Bala - Musibah - Balasan - Kecelakaan - Hukuman - Peringatan-

Sepatutnya dalam keadaan sekarang, selepas dinaikkan pangkat secara mendadak dalam masa 2 bulan terakhir dalam kabinet Mahathir, beliau sekeluarga bergembira dan bersyukur dengan perlantikan itu, tapi sebaliknya yang berlaku.

Bagi saya, selepas kecelakaan dan bala menimpa secara bertalu - talu ke atas konspirator politik yang didahului oleh Megat Junid, Ibrahim Ali, Hamid Othman, Sanusi Joned, Wan Mokhtar, Yusuf Noor, Zainal Abidin Kadir, Mustafa Mohamad, Anuar Musa, Zaleha Ismail, Idris Jusoh, Dr. Abdul Latif Awang dan ramai lagi serta yang terakhir ke atas Aziz Shamsuddin merupakan BALA, BALASAN, HUKUMAN, MUSIBAH, PERINGATAN atas dunia sebagai bukti kekuasaan Allah.

Tujuannya supaya semua manusia insaf diri dengan keterlanjuran yang telah dilakukan. Apakah puak - puak konspirator ini INSAF dan SEDAR ?. Tidak sekali -kali. Mereka ini tidak akan undur, malah akan bertambah jahat dalam tindakan seterusnya. Ini adalah sejajar dengan ingatan daripada Allah s.w.t, mereka ini akan terus sesat buat selama - lamanya.

Allah s.w.t akan menurut semua kehendak mereka ini , sesuai dengan kehendak dan hasrat yang dipilih. Semoga sesat dan menyesatkan mereka ini bersama - sama para kabinet dan pengikutnya.

Anti Konspirator

Last changed: December 13, 1999