ReformIS

[ Contents | Post ]

Hanya yang kalah saj yang sokong

From:
Date: 13 Dec 1999
Time: 00:34:26

Comments

Sokong singkir pembelot dalam UMNO

Beberapa calon parti itu yang tewas pada pilihan raya umum ke-10 lalu menyokong penuh tindakan Majlis Tertinggi (MT) untuk memecat keahlian anggota parti itu yang dikenal pasti belot.

Di Alor Setar, bekas Ahli Parlimen Yan, Datuk Badruddin Amiruldin berkata, golongan pembelot tidak sewajarnya diberi tempat dalam UMNO kerana mereka merupakan pemusnah kepada masa depan parti itu.

''Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan MT perlu mengambil tindakan tegas terhadap mereka ini yang menjadi salah satu punca kemerosotan UMNO dalam pilihan raya lalu,'' tegasnya kepada Utusan di sini hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul yang juga bersependapat dengan Badruddin menegaskan, golongan pembelot tidak sepatutnya wujud dalam UMNO.

''Golongan pembelot perlu disingkirkan daripada parti bagi mengelakkan perkara yang sama berulang pada pilihan raya akan datang,'' katanya.

Sementara itu, bekas Exco kerajaan negeri, Ahmad Lebai Sudin percaya wujudnya unsur-unsur pembelotan yang mengakibatkan kekalahannya dalam kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Lada kepada calon Pas, Sheikh Ismail Khamis pada pilihan raya lalu.

''Dalam apa juga perkara, belot adalah perbuatan yang boleh memusnahkan semangat setia kawan sekali gus menghancurkan masa depan bangsa,'' tegasnya.

Sementara itu di Kuala Terengganu, UMNO Bahagian Marang setakat ini telah mengenal pasti dua ahlinya yang dipercayai menjadi pembelot ketika pilihan raya umum lalu.

Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Muda Mamat berkata, dua lelaki terbabit yang berusia lewat 30-an, juga merupakan orang kanan parti di bahagian tersebut.

''Kita akan membawa perkara ini pada mesyuarat bahagian sebelum diserahkan ke perhubungan negeri seterusnya ke MT untuk tindakan lanjut,'' katanya.

Mengenai mesyuarat MT UMNO pada 24 Disember ini yang dijangka mengenakan tindakan memecat keahlian mereka yang belot, Muda berkata, orang yang tidak jujur dalam perjuangan mesti dihukum.

Katanya, ahli UMNO yang belot tidak seharusnya diberi peluang langsung, sebaliknya mereka perlu dipecat keahlian seumur hidup mereka.

''Tindakan sekeras-kerasnya perlu dikenakan ke atas mereka terbabit supaya mereka ini tidak lagi kembali ke pangkuan UMNO.

''Pecat mereka, pastikan mereka ini bukan lagi ahli UMNO buat selama-lamanya kerana jika tidak, mereka akan kembali dalam UMNO serta mengulangi perbuatan yang sama,'' tegas beliau.

Sementara itu di Kuantan, bekas ahli Dewan Undangan Negeri Cini, Datuk Wan Razali Wan Mahusin berkata, pemecatan ahli UMNO belot perlu dilakukan kerana kesalahan itu adalah serius.

''Bagaimanapun setiap kes perlu diteliti di setiap peringkat sebelum dihantar kepada MT,'' katanya.

''Sebenarnya sukar untuk mengesan mereka kerana ada di antara mereka yang menyokong parti lawan secara senyap- senyap,'' katanya yang tewas lima undi.

+ bila dah kalah baru nak bersuara. sudah nasib badan, apa nak buat.

Last changed: December 13, 1999