ReformIS

[ Contents | Post ]

Bertaubat Aziz

From:
Date: 11 Dec 1999
Time: 21:51:46

Comments

Timbalan Menteri Pendidikan yang baru dilantik, Datuk Abdul Aziz Samsuddin cedera manakala isterinya meninggal dunia dalam kemalangan kereta di km433 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Rawang tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kubu Baharu Supt Azman Yusof berkata Datin Asmah Ali Hussain, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Aziz dan anaknya Nafrizal, 27, mengalami cedera ringan.

Mereka sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur apabila kemalangan itu berlaku pada 11 pagi.

Azman berkata kereta pacuan empat roda jenis Toyota Prado itu dipandu oleh Nafrizal manakala Aziz duduk di sebelahnya dan Asmah dipercayai duduk di belakang Aziz.

"Kereta itu telah terlanggar pagar jalan di sebelah kiri dan tidak dapat dikawal sebelum terbabas ke dalam longkang di situ," katanya.

+ Wahai Aziz bertaubatlah kamu. Ini adalah amaran keras Allah swt terhadap kamu. Kalau kamu tidak insaf juga maka akan celaka kamu. Ingat Aziz, perkara ini berlaku dalam bulan yang mulia dan ada hikmahnya.

Kita tahu bahawa MM memang ada agenda penting di Kementerian Pendidikan. Masa Aziz dilantik sebagai senator semua orang tertanya-tanya mengapa MM buat demikian dan sekarang kita sudah tahu mengapa. Tujuabnya adalah masukkan Aziz dalam Kementerian ini untuk halau Najib keluar. Guru, pelajar khususnya di IPT akan disekat kebebasan mereka bersuara.

Ini semua konspirasi lotor politik MM.

Wahai Aziz bertaubatlah sebelum terlambat sebab selagi pintu taubat belum tertutup terhadap kamu, insaflah. Hidup di dunia bukannya kekal.

Last changed: December 11, 1999