ReformIS

[ Contents | Post ]

Mana ada perjuangan dalam PPP

From:
Date: 11 Dec 1999
Time: 21:37:54

Comments

Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) Datuk M.Kayveas hari ini mengingatkan anggota-anggotanya supaya tidak tunduk kepada usaha-usaha orang luar untuk membawa keluar PPP daripada Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, orang luar ini hanya berminat dalam menggugat sokongan masyarakat Bukan Melayu terhadap BN yang menjadi faktor penting dalam kejayaan BN pada pilihan raya umum 29 Nov lepas.

"Mereka (orang luar) percaya sudah dapat memecahkan sokongan orang Melayu terhadap BN pada pilihan raya lepas dan kini menumpukan kepada sokongan bukan Melayu (bagi pilihan raya akan datang)," kata beliau kepada pemberita di persidangan berita di sini, hari ini.

+ Dia nih satu lagi. Mana ada perjuangan dalam PPP yang diterima rakyat ramai. Buat buang masa sahaja. Yang kita nampak dia cuma nak jawatan untuk dirinya sahaja. Rakyat tidak perlukan pemimpin macam ini.

Last changed: December 11, 1999