ReformIS

[ Contents | Post ]

Shahidan Kassim Memang Pendengki-Hati Busuk.

From:
Date: 10 Dec 1999
Time: 22:15:03

Comments

Shahidan Kassim Memang Pendengki-Hati Busuk.

Menurut Utusan Meloya,Jumaat 10 Dis.1999,Shahidan Kassim menteri besar Perlis yang bodoh lagi dungu telah membuat syor kepada kerajaan pusat supaya hasil minyak (royalti)yang diperolehi oleh kerajaan PAS Terengganu dibahagi samarata oleh negeri-negeri lain di malaysia.

Mengikut fikiran bodohnya adalah tidak adil terengganu saja dapat hasil 5% sedangkan minyak tu diperolehi lebih tiga batu nautika dari pantai terengganu.Mengapa terengganu saja yang dapat sedangkan negeri -negeri lain termasuk perlis tidak merasai nekmatnya.

Sebenarnya negeri Perlis bukannya ada hasil.Perlis boleh dikatakan negeri miskin .Perlis tidak mempunyai hasil bumi untuk membiayai projek-projek pembangunannya serta untuk perbelanjaan pengurusan negeri tersebut.Kebanyakan perbelanjaan negeri Perlis dibiayai oleh Kerajaan Pusat.

Untuk bayar gaji kakitangan kerajaan negeri terpaksa pinjam dengan Perbendaharaan.Dahlah pinjam ,hutang tidak dibayar pulak tu.Dalam satu mesyuarat di Perbendaharaan Shahidan pernah menyuarakan supaya hutang negeri Perlis di write-off oleh Perbendaharaan.Mungkin dapatlah kot.

Apa yang hendak di paparkan disini sifat dengki dan jahat Shahidan yang tidak habis-habis.Inilah perangai orang miskin yang tidak beriman.Kalau Terengganu dapat 5% hasil apa salahnya?Bukan banyak sangat.

Memang patut pun Terengganu di beri royalti kerana banyak mana tanah tanah dikawasan Kertih dan Paka diambi oleh Petronas untuk projek pembangunan petroleum.Selain dari itu nelayan -nelayan Terengganu turut mengalami kesulitan kerana pembinaan oil-rigs dikawasan yang banyak ikan .Inilan sebahagian daripada kerugian yang dialami oleh rakyaat Terengganu.

Untuk mengimbangi kerugian-kerugian tersebut sewajarnyalah rakyat Terengganu diberi ganti rugi dalam bentuk royalti.Itu pun sikit sangat ."Dok padang "orang Terengganu kata.

Langkah Tuan Guru Haji Hadi membuat cadangan supaya royalti di tingkatkan kepada 20% memang patut dipuji.Kohor maroh shahidan kassim yang bodoh dan dungu tu.

Untuk rakyat Perlis ,bagitulah ruginya bila mendapat seorang Menteri Besar yang berperangai jahat.dan pendengki.Tidak boleh tengok orang lain senang.

Macam ni ke kelakuan seorang ketua kerajaan yang sepatutnya berusaha mewujudkan perpaduan dikalangan rakyat negeri-negeri di malaysia.Selain daripada mempunyai sifat pendengki ,Shahidan ni memang batu api yang mahu memecah belahkan rakyat Terengganu dengan Perlis.Oleh itu adalah satu kesilapan yang besar rakyat Perlis yang masih memilih menteri besar yang berperangai sedemikian sekali.

Arau

Last changed: December 10, 1999