ReformIS

[ Contents | Post ]

Belia mesti tolak progam politik Hishamuddin

From:
Date: 10 Dec 1999
Time: 21:41:55

Comments

Datuk Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan pelantikan beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru merupakan tugas yang amat mencabar.

"Saya melihat Kementerian baru ini sebagai Kementerian yang penting ketika ini, yang memerlukan kita bergaul dan mendampingi generasi muda yang bakal mencorak dan mewarnakan masyarakat yang maju menjelang tahun 2020," katanya pada sidang media di kediamannya, di sini petang ini.

"Tugas ini memang satu tugas yang berat yang harus saya pikul dengan bersungguh-sungguh ikhlas dan jujur," katanya.

Menurut Hishammuddin, selepas menerima berita pelantikan itu, ibu beliau telah mengingatkannya bahawa lantikan itu bukan satu keistimewaan tetapi satu amanah dan tanggungjawab.

Hishammuddin yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Menteri Perusahaan Utama akan dibantu oleh Datuk Ong Tee Keat yang telah dilantik sebagai Timbalan Menteri menggantikan Datuk Loke Yuen Yow.

"Gandingan bersama-sama dengan Datuk Ong Tee Keat, yang merupakan rakan seperjuangan dalam pemuda BN, kita akan mengorak langkah ke hadapan dan mencari formula untuk cuba mengatasi kelemahan," katanya.

+ perlantikan Hishamuddin dan Tee Kiat dilihat sebagai satu jentera politik BN terhadap belia. Gulungan belia jangan terpesong dengan begitu banyak kursus BTN untuk belia. Inilah usaha Bn untuk dekati belia dengan menggunakan jentera kerajaan. Kita seru semua belia menolak semua program yang bermotifkan politik ini.

Last changed: December 10, 1999