ReformIS

[ Contents | Post ]

Elok hijrah ke Terengganu & Kelantan

From:
Date: 10 Dec 1999
Time: 02:09:34

Comments

Amalan kerja lima hari seminggu bagi semua jabatan kerajaan negeri Terengganu akan dilaksanakan mulai 1 Jan depan, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Che Mat Jusoh.

Beliau berkata buat masa ini hari kerja bagi semua kakitangan kerajaan negeri adalah seperti biasa.

"Hari Sabtu ini (esok) tidak cuti, cuma yang berubah sekarang ialah waktu kerja dipendekkan sehingga pukul 3 petang kerana bulan puasa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ekoran kekeliruan di kalangan kakitangan kerajaan negeri yang menyangka cuti dua hari seminggu mula dilaksanakan minggu ini berikutan langkah memendekkan masa kerja pada bulan Ramadan ini.

PAS dalam manifestonya berjanji untuk melaksanakan cuti dua hari seminggu untuk kakitangan kerajaan negeri sekiranya berjaya memenangi pilihan raya umum ke-10 pada 29 Nov lepas.

Menteri Besar Haji Abdul Hadi Awang baru-baru ini berkata dengan pelaksanaan cuti dua hari seminggu iaitu Jumaat dan Sabtu, hari Khamis merupakan hari kerja sepenuh hari.

Che Mat berkata pekeliling mengenai perkara itu akan dikeluarkan kepada semua ketua jabatan tidak lama lagi.

+ Rakyat terkilan kerana BA tidak menang pilihanraya umum '99. Kalau menang sama-samalah kita nikmati waktu bekerja seperti di Terengganu dan Kelantan. Elok hijrah saja ke sana.

Last changed: December 10, 1999