ReformIS

[ Contents | Post ]

Fadzil mesti adil, gesa aktivis wanita

From:
Date: 10 Dec 1999
Time: 01:40:24

Comments

Fadzil mesti adil, gesa aktivis wanita

Fathi Aris Omar [liputan hari ini dalam http://www.malaysiakini.com/ ]

[NOTA: Esok akhbar malaysiakini akan membuat laporan lengkap tentang isu pengubahsuaian foto pada Berita Minggu yang didakwa oleh Harakah. Kami berjaya bercakap dengan jurufoto Bernama yang mengambil foto berkenaan, dengan Ketua Editor English Section yang mendedahkan isu itu, dengan Ketua Pengarang Berita Minggu Rejal Arbee yang menyiarkan gambar tersebut dan juga pandangan pakar --- seorang pensyarah rekabentuk grafik dan juga artis rekabentuk dari akhbar harian utama. Tunggu.... Isu ini makin menarik. Lihat jam 12 tengahari ke atas]

6pm, KHA: Ketua pembangkang yang baru, Datuk Fadzil Noor, diminta bersikap adil dan mengutamakan musyawarah. Beliau harus mewakili lebih 40 peratus undi yang diperolehi oleh Barisan Alternatif. Presiden PAS itu disarankan tidak menggunakan peluang sebagai ketua pembangkang untuk membawa agenda pihak-pihak tertentu atau dari parti itu sahaja.

"Beliau mestilah mewakili parti-parti dalam pakatan alternatif dan juga pengundi biasa," jelas Zaitun Kassim, calon DAP bagi kawasan parlimen Selayang, berhubung kebimbangan orang ramai terhadap peningkatan pengaruh PAS di Dewan Rakyat.

"Fadzil harus menggalakkan musyawarah yang sesuai dengan prinsip Islam. Sekarang, pemimpin politik negara ini sahaja membuat keputusan dan orang ramai hanya mengikuti perintah. Keadaan ini mesti diubah."

Zaitun bimbang kegagalan parti Islam ini membawa suara ramai, misalnya dalam isu kharaj, mengukuhkan lagi prasangka ramai bahawa parti itu mengutamakan orang Islam sahaja atau ingin menegakkan negara Islam, satu isu yang sering digunakan untuk menunjukkan perbezaan ideologi parti-parti alternatif. Beberapa bulan menjelang pilihan raya umum, isu negara Islam hangat diperkatakan oleh orang ramai.

Zaitun yang juga dari kumpulan aktivis wanita, Iniasiatif Calon Wanita (WCI), menggesa ketua pembangkang memperjuangkan hak-hak wanita, khususnya pembabitan kaum wanita dalam proses membuat keputusan.

"Pertama sekali, Fadzil mesti tunjukkan parti itu serius untuk melibatkan kaum wanita dalam politik dan peka terhadap isu-isu wanita. Kumpulan muslimat PAS patut diberikan peluang terlebih dahulu dalam politik, barulah orang ramai mudah menilai kesungguhan parti Islam dalam hal ini."

Zaitun mengakui masih ramai aktivis wanita yang ragu-ragu sejauh mana PAS mampu mengetengahkan isu wanita.

Sementara itu kartunis politik, Zunar, meminta lebih banyak pendedahan dibuat oleh ketua pembangkang. Semasa Kit Siang dahulu, jelasnya, ketua pembangkang itu mampu mendedahkan rahsia-rahsia utama penyelewengan kerajaan.

"Rakyat mahu tahu apakah yang salah pada kerajaan. Misalnya, Kit Siang pernah mendedahkan laporan lengkap tentang projek lebuh raya PLUS dan kekayaan ahli keluarga Presiden MCA Lim Liong Sik."

Last changed: December 10, 1999